KUALA LUMPUR, 14.01.2023
Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Puan Hannah Yeoh, telah mengadakan Majlis Kesyukuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi meraikan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 di Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala (IDSP) di sini, baru-baru ini.
Seramai 50 orang ahli PKR cawangan Segambut dari kaum Melayu, Cina dan India telah hadir di majlis tersebut.
Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah YB En Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan YB Dr Idris Ahmad, ADUN Ijok.
Menurut Dr Hj Basir Mohamad, Naib Pengerusi PKR Cabang Segambut, YB Menteri Belia dan Sukan juga pernah menghadiri majlis bufet Ramadhan di sini tahun lepas.
Menu yang dihidangkan kali ini ialah nasi putih basmati, kari ikan tenggiri, ayam goreng berempah, ikan gelama masin, kacang panjang goreng kunyit dengan isi kupang, ulam-ulaman dan sambal belacan. Manakala pencuci mulut terdiri daripada raisin bread pudding, big planting fruits serta minuman Sunquick punch dan teh tarik.
Memandangkan menu yang disediakan sesuai untuk semua golongan, YB Hannah memutuskan IDSP akan menjadi lokasi pilihan bagi mengadakan apa jua program selepas ini.
Terletak di 2932, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur,
Ikhwan Delights Sungai Penchala menyediakan menu masakan Barat, Asia dan Timur Tengah yang menyelerakan.
Beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam, IDSP juga mempunyai dewan yang sesuai di adakan majlis keraian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Perpisahan, Sambutan Hari Jadi dan lain-lain.
Semoga IDSP terus kekal menjadi platform yang menyatukan rakyat dari pelbagai bangsa, agama dan negara bagi membentuk sebuah masyarakat yang hidup harmoni, berkasih sayang, aman dan damai.