PARIS, 6 Ogos 2024
Restoran Nur Malaysia Paris (RNMP) telah dikunjungi Menteri Belia & Sukan YB Hannah Yeoh bersama rombongan seramai 37 orang sekaligus mengadakan sidang media di sini hari ini.
Beliau ditemani Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 datang untuk menikmati makan malam selain meraikan kemenangan pingat gangsa buat pemain badminton negara Lee Zii Jia.
Antara menu yg dipilih ialah kari ayam, ikan goreng, ulaman, sambal belacan, karipap dan sagu berkuah sebagai pencuci mulut.
Antara komen-komen yang diterima, para tetamu menyatakan kepuasan apabila dapat menikmati makanan citarasa Malaysia di RNMP terutama karipap dan teh tarik.
Sejak atlet negara mula berkampung di Paris pada pertengahan Julai lalu, RNMP mendapat tempahan katering setiap hari samaada secara penghantaran atau bawa pulang (take-away).
Sebelum YB Hannah pulang, En Ajwad Razali selaku wakil YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, telah menghadiahkan biskut Ikhwan dan menyampaikan ucapan terima kasih PE GISBH kepada beliau.
Diharapkan para staf GISBH, di mana jua berada, dapat menjadi contoh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam seluruh aspek kehidupan seperti melayan tetamu yang hadir ke premis GISBH samada Muslim atau bukan Islam.