Menteri Komunikasi menjamu selera di Ikhwan Restaurant KK

Views: 534

KOTA KINABALU, 21.05.2024

Menteri Komunikasi, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bersama rombongan ketua-ketua jabatan dari 7 agensi kerajaan di Sabah telah datang menjamu selera di Ikhwan Restaurant Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Beliau diiringi YBhg. Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran, Ybrs. Pn Julina Johan, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Ybrs. C.Nurul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA, Tan  Sri Mohamad Salim Fateh, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia (MCMC), Pn Rubaayah  Osman, Setiausaha Bahagian (KSK), En. Mohd  Nazrol Marzuke, Setiausaha Bahagian (IA) dan Pn. Salmah Hashim, Pengarah Penyiaran Sabah.

Kesemua delegasi tersebut adalah dalam rangka Lawatan Kerja Jelajah Ketersambungan YB Menteri Komunikasi ke Negeri Sabah Tahun 2024.

Terdahulu, pihak RTM telah membuat tempahan katering makanan sebanyak 60 pax untuk hidangan para delegasi dengan hidangan istimewa untuk para VVIP berupa makanan tradisi Sabah.

Antara menu makanan kali ini ialah nasi putih, ayam palekko, ikan masak ampap, udang butter kering, sotong goreng tepung, losun ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan. Selain itu terdapat buah-buahan, air kelapa, sirap limau, kopi dan teh.

YAB Menteri yang pernah berkunjung ke restoran GISBH di Dubai, berpuashati di atas makanan dan layanan yang diterima begitu juga ahli rombongan.

Semoga Ikhwan Restaurant Kota Kinabalu, salah satu daripada rangkaian perniagaan restoran GISBH, terus kekal sebagai wadah penghubung kasih sayang antara pemimpin dan masyarakat.

Views: 534

Reviews for Menteri Komunikasi menjamu selera di Ikhwan Restaurant KK

There are currently no reviews for Menteri Komunikasi menjamu selera di Ikhwan Restaurant KK
Scroll to top