Menyantuni para frontliner Malaysia di di kem Nurdagi, Gaziantep

Views: 20

NURDAGI, GAZIANTEP 13.02.2023
Delegasi MAPIM dan GISBH meneruskan lagi perjalanan nembawa misi bantuan kemanusiaan ke kawasan bencana di wilayah Gaziantep. Lokasi perhentian kali ini ialah di kem penyelamatan Nurdagi yang dibina dalam kawasan bandar Nurdagi.

Ia adalah salah sebuah kem operasi mencari dan menyelamat yang disediakan oleh agensi Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Turki (AFAD).

Di sini ditempatkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART yang terdiri daripada Kor Kesihatan DiRaja (KKD), Unit K-9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan juga unit Hazmat dan beberapa agensi lain seperti APM dan JPBM. Semua operasi ini bernaung di bawah agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Malaysia adalah antara negara terawal menghantar bantuan pasukan penyelamat ke Turkiye.

Pasukan penyelamat Malaysia telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dibantu dengan peralatan-peralatan mencari yang canggih dan terkini.

Bagi memberi sokongan kepada para anggota penyelamat ini, petugas MAPIM dan GISBH telah menyediakan hidangan roti canai dan teh tarik kepada semua anggota penyelamat Malaysia.

Team RPU dan chef yang dibawa khas bersama delegasi GISBH yang diketuai oleh YBhg Tuan Abulfida Nasiruddin telah berusaha menyediakan makanan dengan sebaiknya.

Hidangan ini amat mendapat sambutan dan ramai yang agak terkejut dengan jamuan makanan Melayu di kem Nurdagi ini. Semua yang ada dapat menikmatinya walaupun terpaksa beratur panjang.

Turut bersama, Duta Besar Malaysia ke Turkiye TYT Sazali Mustafa Kamal dan DCP Datuk Mohd Khairi bin Khairudin selaku
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diraikan dalam motorhome milik GISBH.

Keberadaan motorhome Rahmati Kalun dan Katta Rahmat yang bernilai RM1.3 juta ini telah banyak memberi manfaat dan kemudahan sepanjang pergerakan misi bantuan MAPIM dan GISBH ini.

Atas hasrat pimpinan GISBH, motorhome ini direkabentuk dan dilengkapkan ibarat sebuah One Stop Islamic Centre mudah alih di mana ia menyediakan kemudahan bersuci, tempat sembahyang, penyediaan makan minum, ruang perbincangan, kemudahan tempat rehat, ruang penyimpanan barang seperti peralatan hidangan dan masakan, sistem pemanas hawa dan air, dan lain-lain lagi.

Lebih dari itu, motorhome GISBH ini telah dapat memberi kemudahan beroperasi kepada para pengamal media yang menyertai delegasi ini terdiri dari Malaysian Gazzette, TV Al Hijrah dan media MAPIM.

Kluster motorhome GISBH yang majoritinya adalah RPU baru sahaja kembali dari xpdc ke negara-negara Skandinavia dan Eropah yang lain terus menuju ke Tenggara Turki untuk bersama MAPIM atas panduan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali sebaik mendapat berita mengenai gempa bumi di kawasan ini.

Views: 20

Reviews for Menyantuni para frontliner Malaysia di di kem Nurdagi, Gaziantep

There are currently no reviews for Menyantuni para frontliner Malaysia di di kem Nurdagi, Gaziantep
Scroll to top