NARATHIWAT, 18.09.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan Ahli Lembaga Penasihat (ALP) telah mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Perdagangan Antarabangsa Thailand, Mr. Aabhimontejchbud Dhadchyarbhon di The Tanyong Hotel Narathiwat di sini hari ini.
Mr. Aabhimontejchbud pada mulanya bertanya bagaimana GISBH boleh bertapak di selatan Thailand, dijelaskan oleh Tuan Nasiruddin bahawa ia bermula lebih 30 tahun yang lalu di seluruh wilayah di Thailand seperti Bangkok, Chiangmai, Phuket, Satun dan Hatyai tetapi tidak di selatan Thailand kerana faktor keselamatan.
Apabila meneroka selatan Thailand sejak setahun yang lalu, Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH mendapati selatan Thailand khasnya Pattani sangat cantik dan sesuai untuk bertapak.
Mr. Aabhimontejchbud menjelaskan Thailand mempunyai sempadan dengan 4 buah negara iaitu Burma, Loas, Kemboja dan Malaysia tetapi dua sempadan yang paling sesuai dibangunkan kerjasama perniagaan iaitu sempadan Thailand-Laos dan sempadan Thailand-Malaysia kerana penduduk di sempadan kedua negara ini bertutur dalam bahasa yang sama.
Malah sempadan dengan Malaysia sebenarnya lebih berpotensi jika dapat dibangunkan dua buah pelabuhan, sebuah di sebelah barat di Laut Andaman atau Selat Melaka dan sebuah lagi di sebelah timur di Laut China Selatan dan kedua buah pelabuhan ini dihubungkan dengan jalan darat yang efisien.
Mr. Aabhimontejchbud mencadangkan GISBH membangunkan Land Base di kedua buah pelabuhan ini kerana potensinya sangat besar.
Apabila Tuan Pengerusi Eksekutif menerangkan konsep halal yang sebenar di dalam Islam bermula daripada seseorang yang baik hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia, seterusnya hasil dari hati yang baik akan melahirkan kebaikan ke seluruh anggota seperti jujur, taat, rajin, pembersih, bersungguh-sungguh dan lain-lain dan Ia bukan semata-mata produk halal untuk dimakan tetapi manusianya perlu menjalani kehidupan yang Tuhan halalkan, membuatkan Mr. Aabhimontejchbud bertambah yakin dengan Islam yang dibawa oleh GISBH.
Nama baik GISBH dan logonya, menurut Mr. Aabhimontejchbud sangat perlu digunakan untuk menjadi rujukan utama produk halal peringkat antarabangsa kerana ia sangat menyakinkan orang ramai.
Itulah sebahagian daripada isi perbincangan antara kedua belah pihak yang kelihatan semakin kuat hubungannya untuk terus bekerjasama.
Terdahulu, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengetuai rombongan GISBH hadir Majlis Perasmian Seminar E-Commerce anjuran Kementerian Perdagangan Thailand sempena Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat.
Moga segala potensi yang dilihat ada pada GISBH sebagai wakil Malaysia oleh Mr. Aabhimontejchbud dan pasukannya juga akan menaikkan nama Malaysia di kalangan pasukan Jabatan Perdagangan Antarabangsa Thailand untuk memudahkan kerjasama antara dua pihak Malaysia dan Thailand selepas ini.