Mesyuarat Pesuruhjaya Pelancongan Thailand dengan Pengerusi Eksekutif GISBH

Views: 1,022

HATYAI, 17.11.2023
Satu mesyuarat antara Pesuruhjaya Pelancongan Thailand, Dr Kriangsak Saengchan dan pasukannya dengan delegasi GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Hj Nasiruddin Mohd Ali telah diadakan di Azure Meeting Room, Laguna Grand Hotel & SPA di sini semalam.

Turut bersama Dr Kriangsak,
Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan Thailand, Jeneral Adisak Klinsanok, Pengarah Urusan The Seahorse Ferry Co. Ltd., Pheephuthchai Chanrueng dan 4 orang yang lain.

Tuan Pengerusi Eksekutif pula diiringi Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tuan Hj Fadhil Mohd Yasin dan Puan Hajah Azura Mohd Yusof, penterjemah rasmi, En Maaruf Kasim serta beberapa orang pimpinan yang lain.

Dr Kriangsak dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan kedatangan Tuan Pengerusi Eksekutif dan rombongan untuk menyemarakkan aktiviti Pelancongan di Thailand.

Jeneral Adisak Klinsanok pula mengatakan sektor pelancongan di Thailand sangat besar dan mempunyai peluang yang sangat banyak untuk mengadakan kerjasama.

Pihak GISBH menayangkan video profil syarikat yang terkini dan video pelancongan GISBH di Thailand yang memaparkan sepintas lalu aktiviti pelancongan GISBH di Thailand seperti Restoran Ikhwan Delights Pattani, pembinaan houseboat Ikhwan di Tasik Bang Lang, Yala dan tempahan bas double decker Ikhwan manakala Pengarah Urusan The Seahorse Ferry Co. Ltd., Mr. Pheephuthchai pula menayangkan video profile perkhidmatan Seahorse Ferry dari Songkhla ke Pattaya.

Pengerusi Eksekutif GISBH dalam ucapannya mencadangkan kepada kerajaan Thailand untuk mewujudkan perkampungan Islam contoh, muzium Islam dan sebuah kompleks rawatan kesihatan islamik yang lengkap untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selatan Thailand memandangkan Pattani terkenal sejak dahulu lagi sebagai pusat masyarakat Islam di rantau ini.

Pandangan beliau sangat diberi perhatian oleh Jeneral Adisak Klinsanok dan mengatakan, “Usaha Tuan Pengerusi Eksekutif membangunkan projek-projek melalui Syarikat GISBH akan menguatkan kasih sayang dan mewujudkan kedamaian di selatan Thailand.”

Allah izinkan walaupun berlainan agama dan negara, para pegawai tinggi dari Pesuruhjaya Pelancongan Thailand bukan sahaja tidak prejudis dengan GISBH malah menyambut baik cadangan berkaitan Pelancongan Islam di Selatan Thailand dan berulang-ulang kali mengatakan untuk diadakan pertemuan susulan agar dapat dirancang kerjasama yang lebih terperinci serta perlaksanaannya.

Sepanjang mesyuarat kesemua peserta dihidang dengan produk keluaran GISBH seperti Jus Ikhwan dan roti dari Bakeri Ikhwan Hat Yai.

Majlis diakhiri dengan sesi pemberian cenderahati berupa plak cawangan GISBH seluruh dunia dan produk-produk keluaran Ikhwan Brand.

Moga melalui pelancongan, Allah izinkan GISBH untuk meneruskan usaha Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah ke seluruh Thailand.

Views: 1,022

Reviews for Mesyuarat Pesuruhjaya Pelancongan Thailand dengan Pengerusi Eksekutif GISBH

There are currently no reviews for Mesyuarat Pesuruhjaya Pelancongan Thailand dengan Pengerusi Eksekutif GISBH
Scroll to top