Mi Segera Ikhwan telah berada di pasaran

Views: 1,893

KLANG, 08.04.2024
Kontena yang membawa Mi Segera Dudomi yang di import Syarikat GISB Holdings dari Turkiye telah selamat tiba di Pelabuhan Klang di sini hari ini setelah melalui perjalanan yang panjang kesan dari peperangan di timur tengah.

Ia adalah hasil usaha Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali yang ingin memastikan umat Islam di Malaysia mendapat makanan yang bukan sahaja suci dan halal dihasilkan oleh tangan umat Islam sendiri malah lebih sihat dan berkhasiat.

Mi segera Dudomi ini tiada kandungan MSG, menggunakan tepung bukan GMO yang 100% halal tanpa bahan pengawet juga tidak menggunakan pewarna makanan.

Kebanyakan mi segera di pasaran bukan sahaja diperbuat daripada kanji dan gandum sebagai bahan utama, malah mengandungi ramuan tambahan seperti natrium, sodium serta kalium.

Mengikut pakar pemakanan, pengambilan bahan berkenaan secara berlebihan atau kerap akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Mi segera Dudomi dipasarkan dalam ‘cup’ 60g datang dengan empat jenis perasa iaitu kari, ayam, daging dan sayur dengan harga runcit antara RM3.00 – RM3.50.

Moga dengan adanya Mi Segera Ikhwan di pasaran dapat memberi pilihan kepada masyarakat untuk memilih mi segera yang bukan sahaja suci dan halal malah lebih baik untuk kesihatan.

Para pemborong dan peniaga boleh dapatkan Mi Segera Ikhwan dari Bahagian Pemasaran Mi Segera Ikhwan manakala pengguna boleh membelinya di rangkaian Ikhwan Mart atau menikamtinya di restoran-restoran Ikhwan dalam masa terdekat.

Views: 1,893

Reviews for Mi Segera Ikhwan telah berada di pasaran

There are currently no reviews for Mi Segera Ikhwan telah berada di pasaran
Scroll to top