Mini Re-Union SK Teriang bersama EXCO Pertanian Negeri Sembilan di GH Corner Seremban 2

Views: 3

SEREMBAN, 02.07.2022
EXCO Pertanian Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Ir. Hj. Bakri Bin Sawir bersama 9 orang bekas murid Sekolah Kebangsaan Teriang, Kuala Klawang, Jelebu telah mengadakan satu majlis ‘Mini Re-Union’ untuk kali pertama di Restoren GH Corner, Seremban 2, di sini baru-baru ini.

Majlis telah diadakan pada 29.06.2022 bermula dari jam 4 hingga 6 petang itu diisi dengan perbualan santai para peserta, ucapan daripada YB Dato’ Hj Bakri yang juga merupakan ADUN Klawang, jamuan makan dan bergambar kenangan.

Antara menu pilihan mereka ialah mi goreng mamak, kuetiaw goreng, mi bandung Ikhwan, fish & chip, prawn & chips, pulut mangga, seafood platter, banana cheese, banana split, salmon lemon butter sauce, chicken grill di samping minuman cendol campur, mocha ais, teh tarik, jus oren, teh O limau panas, kopi tarik, jus tembikai dan jus epal.

Moga pertemuan seumpama ini akan menambah kasih sayang dan ikatan mesra antara bekas-bekas murid yang pernah bersama suatu ketika dulu dan telah membawa haluan hidup masing-masing sekarang.

GISBH memiliki 4 buah premis untuk menjamu selera di Seremban 2 iaitu Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan, Ikhwan Bake House, Ikhwan Corner dan GH Corner tetapi untuk tempahan majlis-majlis seperti ini, ia lebih sesuai diadakan di GH Corner kerana ia mempunyai keluasan dua buah pintu dan boleh menampung kapasiti seramai 100 orang dalam satu-satu masa.

Pihak GISBH dengan rangkaian restorannya bersedia memberi kerjasama mana-mana kumpulan pelanggan yang ingin mengadakan majlis seumpama ini di masa yang sesuai dengan harga yang berpatutan.

Views: 3

Reviews for Mini Re-Union SK Teriang bersama EXCO Pertanian Negeri Sembilan di GH Corner Seremban 2

There are currently no reviews for Mini Re-Union SK Teriang bersama EXCO Pertanian Negeri Sembilan di GH Corner Seremban 2
Scroll to top