MoA antara Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. dan PT. Putra Perkasa Genetika dihadiri Menteri Pertanian Indonesia

Views: 57

PADANG, 09.06.2023
Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. (IFPSB) telah memeterai perjanjian bersama PT. Putra Perkasa Genetika (PTPPG) dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) dengan kehadiran Menteri Pertanian Republik Indonesia, Dr. Haji Syahrul Yasin Limpo, SH, M.Si, MH di Hotel Mercure, Kota Padang, di sini hari ini.

Surat perjanjian telah ditandatangani oleh YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutif Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. dengan di saksikan oleh Dato Marzuki Ramli, Chief Executive Officer dan di pihak PT. Putra Perkasa Genetika ditandatangani oleh Direktur Utama PTPPG, Renaldy Anggada dengan disaksikan oleh Bapak Ang Hendra, Komisaris Utama.

Majlis yang disertai beberapa pihak yang lain juga untuk mengadakan perjanjian kerjasama kelihatan meriah dihadiri hampir 400 orang.

Ketika Menteri Pertanian memulakan ucapan, beliau meminta semua hadirin duduk sambil berkata, “Saya mahu melihat bapak-bapak Syarikat dari Malaysia,” kata beliau sambil melihat ke arah meja Tuan Pengerusi Eksekutif.

Di majlis ini, YDH Tuan Nasiruddin sempat menyampaikan cenderahati kepada Menteri Pertanian iaitu sebuah plak dan hamper berisi produk-produk keluaran GISBH.

Tuan Pengerusi Eksekutif dan para ALP juga berpeluang bertemu dengan Gabenor Sumatera Barat, Datuak Marajo Mahyeldi Ansarullah dan Direktur Jenderal Prasarana dan Sarana Pertanian, Kementerian Pertanian Republik Indonesia, Ir. Ali Jamil Mp, Ph.d

Moga dengan termeterai perjanjian ini, Allah tunaikan cita-cita YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk membina empayar ayam di Malaysia dalam menjamin bekalan ayam yang benar-benar halalan toiyiban di tengah masyarakat.

Views: 57

Reviews for MoA antara Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. dan PT. Putra Perkasa Genetika dihadiri Menteri Pertanian Indonesia

There are currently no reviews for MoA antara Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. dan PT. Putra Perkasa Genetika dihadiri Menteri Pertanian Indonesia
Scroll to top