Motorhomes GISBH menarik hati TYT Duta Malaysia ke Mesir

Views: 2

KAHERAH, 15.03.2022.
TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir, En Zamani Ismail berkesempatan mengunjungi Vila GISBH Kaherah sebelum bertolak ke tapak tanah perkuburan yang telah dibeli untuk rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Mesir.

Setelah selesai menunaikan sembahyang, beliau dibawa melihat dua buah Motorhomes milik GISBH di perkarangan vila GISBH Kaherah, Nasr City, Mesir yang dibawa khas dari Saudi Arabia.

Beliau kelihatan teruja dengan kecanggihan kenderaan mewah serbaguna berharga lebih RM1juta ini dan rekabentuk dalamannya hingga mengatakan tandasnya lebih cantik dari tandas di dalam kapal terbang.

TYT Duta juga berpeluang menikmati makan tengahari di dalam Motorhomes ‘Rahmati Kalun’ untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di dalamnya.

Seterusnya diadakan tayangan video berkenaan perjalanan motorhomes melalui set audio video dan skrin yang sedia ada di situ. Menerusi tayangan video ini, Misi Bantuan Kemanusiaan GISBH dan program Silaturrahim Ziarah, Dakwah dan Tijarah menggunakan motorhomes ini kelihatan lebih mudah difahami.

Program diteruskan dengan bergerak menuju ke tapak tanah perkuburan rakyat Malaysia di Mesir yang GISBH terlibat memberi sumbangan pembeliannya, di mana TYT Duta dan pegawainya menaiki motorhomes manakala wakil GISBH menaiki kenderaan rasmi kedutaan. Di sini beliau dapat merasai sendiri keselesaan kenderaan ini dan kesesuaian penggunaannya untuk pelbagai tujuan hingga beliau bertanya, “Kalau nak sewa ni berapa harganya?”

Moga strategi Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk memiliki Motorhomes ini benar-benar memberi impak positif dalam usaha dakwah menyeru manusia kepada Tuhan di era kini.

Views: 2

Reviews for Motorhomes GISBH menarik hati TYT Duta Malaysia ke Mesir

There are currently no reviews for Motorhomes GISBH menarik hati TYT Duta Malaysia ke Mesir
Scroll to top