Motorhome GISBH menghibur komuniti Malaysia di Muscat, Oman

Views: 254

MUSCAT, 24.11.2023
Komuniti Malaysia yang bertugas di Muscat, Oman mendapat berita gembira bilamana Syarikat GISB Holdings melalui rangkaian restorannya, Restoran Nur Malaysia Dubai telah memulakan perniagaan makanan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna, motorhome di sini baru-baru ini.

Ia bermula dengan cetusan idea daripada Pengarah Zon GISBH Negara Teluk, Tn Md Nafi’ Nasiruddin serta keizinan, Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn Nasiruddin Mohd Ali untuk membawa masuk motorhome milik GISBH ke Muscat pada 5 November yang lalu untuk menyantuni rakyat Malaysia yang tinggal di sana.

Untuk permulaan ini, beberapa lokasi pantai yang menarik telah dipilih oleh pasukan Restoran Nur Malaysia untuk menyantuni komuniti Malaysia sepanjang tempoh berada di Muscat dan ianya sangat mendapat sambutan di mana hampir setiap lokasi yang dipilih dipenuhi dengan warga Malaysia.

Bertindak seperti restoran bergerak, beberapa menu telah diketengahkan kepada komuniti Malaysia yang merindui masakan tanah air seperti laksa, nasi lemak, set sate dan pelbagai kuih-muih.

Di samping menjamu selera, mereka mengambil peluang bersilaturrahim sesama sendiri dan bergambar dengan motorhome GISBH kerana kebanyakan mereka telah mengetahui motorhome ini telah dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti silaturrahim, ziarah,dakwah dan tijarah juga terlibat dalam membantu memberi sokongan moral kepada skuad penyelamat Malaysia ketika misi gempa bumi di Turkiye pada bulan Februari 2023 yang lalu.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Muscat pula berbesar hati mempelawa Motorhome GISBH untuk membuat jualan makanan Malaysia di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di mana Duta Besar Malaysia ke Oman, TYT Shaiful Anuar Mohammad telah melawat ke dalam
Motorhome GISBH untuk menianjau suasana dan mengambil pengalaman.

Usaha-usaha ini menambah erat hubungan dua hala antara pihak GISBH dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat khasnya GISBH telah secara rasminya menambah cawangan baru syarikat di negara Oman, satu usaha yang sangat disambut baik oleh pihak kedutaan dan warga Malaysia di Muscat.

Moga usaha murni GISBH dalam menyebarkan keindahan syiar Islam menerusi perniagaan dan cuba dipraktikkan di setiap aspek kehidupan dipermudah dan diredhai Allah SWT.

Views: 254

Reviews for Motorhome GISBH menghibur komuniti Malaysia di Muscat, Oman

There are currently no reviews for Motorhome GISBH menghibur komuniti Malaysia di Muscat, Oman
Scroll to top