COPENHAGEN, 19.01.2023
GISBH mempelbagaikan cara berdakwah kepada masyarakat barat, antaranya yang terkini dengan membawa motorhomes yang canggih dan menarik ke kota Copenhagen dalam siri Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah di sini baru-baru ini.
Motorhomes ini dibawa ke sini sempena XPDC GISBH Excutive Chairman, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali ke negara-negara Scandinavia dari Istanbul, Turkiye ke Copenhagen, Denmark.
Dua buah motorhomes GISBH yang berada di UK telah bergerak dari kota London dan sampai ke Copenhagen serta berada selama 3 malam di sini.
Pihak bandaraya Copenhagen telah menyediakan tempat pakir motorhomes ini bersebelahan dengan jeti perlabohan bot-bot mewah menjadikan motohomes tersebut sangat menarik perhatian masyarakat barat di sini.
Motorhomes yang dibeli oleh Tuan Chairman GISBH di Dubai, UAE menjadi tumpuan ramai yang datang melihatnya, memuji-muji dan bertanya dari mana ia datang.
Mereka terkejut apabila dimaklumkan bahawa motorhomes ini telah melalui 17 buah negara khususnya motorhomes ‘Rahmatikalon’ yang paling panjang dan boleh diluaskan saiznya apabila berhenti. Ia sangat menjadi perhatian ‘Mat Saleh’ dibanding motorhomes yang lain.
Motorhomes yang diberi nama Rahmatikalon ini adalah kenderaan mewah yang dibeli dengan nilai AED1.2 juta (RM1. 37 juta) dengan tujuan berdakwah secara moden.
Kenderaan model Ford Motorhome, Bay Star, Neymar tahun 2020
buatan USA ini menggunakan engin FORD V10 7.8L (Petrol) dengan transmisi 6 Speed Automatic dan kapasiti penumpang seramai 6 orang.
Rekabentuknya yang cantik dan mewah, lebih-lebih lagi buatan USA kerana majoriti motorhomes yang digunakan di Eropah buatan negara-negara Eropah, ditambah lagi dengan dikendalikan oleh remaja Melayu membuatkan penduduk tempatan berpusu-pusu datang untuk melihatnya.
Di kesempatan ini, para staf GISBH di kalangan RPU gunakan untuk berdakwah dengan beramah mesra dengan mereka dan menunjukkan akhlak pergaulan yang mulia membuatkan mereka tertarik dengan Islam.
Kecanggihan dan kemodenan seperti penggunaan motorhomes dan motorsikal berkuasa besar dalam berdakwah tidak dikira pembaziran kerana ianya bukan sahaja menaikkan imej umat Islam malah boleh mendorong bukan Islam mendalami agama ini dan berpotensi memperolehi hidayah dari Allah SWT.