MoU Antara GISBH dan Soyuzpichsheprom LLC Russia Halal Expo 2024

Views: 370

KAZAN, RUSIA, 16.05.2024,
Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan syarikat Soyuzpichsheprom LLC di Russia-Islamic World Kazan Forum 2024 & Russia Halal Expo 2024

Memorandum ini dijayakan dengan bantuan International Association of Islamic Business (IAIB) yang bertindak sebagai perantara bagi menguatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua syarikat.

Soyuzpichsheprom LLC merupakan sebuah syarikat swasta di Rusia yang fokus kepada penghasilan dan penjualan produk berkualiti tinggi dan sihat berasaskan gandum dan bijirin.

Melalui kerjasama ini, IAIB dan GISBH berhasrat untuk membantu Soyuzpichsheprom dalam memahami dan mendapatkan lesen serta permit yang diperlukan untuk aktiviti perniagaan mereka di Malaysia.

GISBH juga akan berfungsi sebagai pengendali eksklusif di Malaysia untuk produk Soyuzpichsheprom.

Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk membangunkan rangkaian pengedaran produk makanan halal keluaran Soyuzpichsheprom yang diharapkan dapat memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia dan kesihatan rakyatnya.

Ketika ini, YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH masih dalam rundingan dengan pihak Soyuzpichsheprom mengenai harga dan logistik penghantaran produk utamanya, iaitu tepung, ke Malaysia.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka peluang baharu dalam pasaran makanan halal di Malaysia serta memperkukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Moga GISBH akan terus sukses dalam memberi khidmat kepada rakyat Malaysia khasnya dalam membekalkan makanan yang halalan toiyiban kepada mereka.

Views: 370

Reviews for MoU Antara GISBH dan Soyuzpichsheprom LLC Russia Halal Expo 2024

There are currently no reviews for MoU Antara GISBH dan Soyuzpichsheprom LLC Russia Halal Expo 2024
Scroll to top