HULU KLANG, 22.03.2023
Kumpulan Akademi Generasi Harapan yang bernaung di bawah GH Academy Sdn Bhd salah satu anak syarikat GISB Holdings Sdn Bhd telah diberi peluang membuat persembahan pembukaan di majlis Hari Seniman Kebangsaan yang diadakan di Studio Sound Stage, Kompleks FINAS, di sini baru-baru ini.
Terdahulu, Ybhg Tuan Fida’ At-Tamimi dari kumpulan nasyid AGH membaca doa pembukaan majlis diikuti persembahan nasyid bertajuk Kasih Sayang Kerana Tuhan.
Meskipun Kumpulan AGH hanya diberi kesempatan menyampaikan sebuah nasyid saja dalam majlis tersebut, namun, persembahan dibuat dalam gaya kontemporari serta paparan liriknya yang jelas tertera di layar besar LED sangat membantu penonton menghayati nasyid tersebut. Penonton kelihatan teruja dengan format persembahan yang lain dari lagu-lagu yang biasa mereka dengar.
Majlis turut dihadiri Menteri Komunikasi Dan Digital Yang Berhormat Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar Pengerusi Bersama Sambutan HSK 2023, wakil dari FINAS Prof Dr Md Nasir Ibrahim Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim Pfordten juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, pengkarya dan pelabur dari India, Perancis, Iran, Australia, Kazakhstan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan.
Program bertemakan Filem Wadah Perpaduan, Titian Keharmonian itu dimuatkan pelbagai pengisian guna meningkatkan keupayaan industri perfileman tempatan setaraf antarabangsa.
GISBH turut membuka sebuah booth menjual produk-produk keluaran syarikat itu di pintu masuk dewan dan menjadi menjadi penaja makanan dan minuman untuk VIP dan keseluruhan tetamu yang datang.
Semoga akan lahir golongan penggiat seni yang akan mempromosikan Tuhan sebagai sumber kasih sayang dan perpaduan sejagat.