Newsweek membuat permohonan rasmi menemuramah Excutive Chairman GISBH

Views: 96

KUALA LUMPUR, 28.02.2023
Executive Chairman GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah dipilih oleh Newsweek untuk ditemu ramah berkaitan analisa pelaburan ekonomi di Malaysia melalui pihak The International Investor.

Newsweek adalah majalah berita mingguan kedua berpengaruh di dunia selepas TIME yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat, pernah diterbitkan dalam 12 bahasa dan diedarkan di seluruh dunia.

Pihak Newsweek telah mengutus surat rasmi melalui e-mail untuk menemuramah Pengerusi Eksekutif GISBH baru-baru ini menjadikan GISBH adalah salah sebuah daripada dua syarikat Melayu Bumiputra yang terpilih untuk ditemu ramah daripada jumlah 20 syarikat di Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat yang berkembang ke 17 buah negara lebih-lebih lagi dikira berdaya saing kerana mampu melepasi cabaran era pandemik Covid 19 yang menyaksikan banyak syarikat besar terpaksa menghentikan operasinya, Executive Chairman GISBH dipilih untuk ditemu ramah.

Sebagai peneraju GISBH, Tuan Nasiruddin mengetuai perhubungan syarikat di dalam dan di luar negara meliputi negara-negara Timur Tengah, Eropah, Balkan, Scandinavia, Asia Tengah, Asia Tenggara dan Australia, pihak Newsweek mengharapkan perkongsian kepakaran beliau dalam konteks potensi perekonomian di Malaysia.

Namun disebabkan Tuan Chairman GISBH sedang sibuk dengan jadual program silaturrahim; ziarah, dakwah dan tijarah di selatan Thailand beliau telah mewakilkan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten selaku CEO syarikat untuk ditemu bual.

Pada 20 Februari 2023, yang lalu, Ms Susana Diaz, wakil majalah Newsweek telah hadir menemubual CEO GISBH di Restoran Ikhwan Delights, Sungai Penchala, Jln Damansara, Kuala Lumpur.

Antara persoalan yang dikemukakan pihak majalah termasuklah sejarah dan latarbelakang syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd., penekanan ke atas strategi jangka pendek dan panjang yang diguna pakai syarikat dalam tempoh berakhirnya pandemik covid 19, cabaran dalam menghadapi persaingan dengan syarikat lain, faktor yang menyebabkan GISBH boleh terus maju dan kepentingan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing.

Antara yang menarik perhatian Ms. Susana ialah matlamat perniagaan syarikat yang bukan bermotifkan keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan membina kasih sayang sesama manusia.

Moga segala usaha para pimpinan dan staf-staf GISBH Allah berkati dan meninggalkan kesan positif di tengah masyarakat untuk hidup aman makmur dan berkasih sayang.

Views: 96

Reviews for Newsweek membuat permohonan rasmi menemuramah Excutive Chairman GISBH

There are currently no reviews for Newsweek membuat permohonan rasmi menemuramah Excutive Chairman GISBH
Scroll to top