Nizal Mohammad Berkongsi Pengalaman Pembacaan Berita Dengan Pasukan Ikhwan News

Views: 286

KUALA LUMPUR, 17.03.2022.
Sebagai bekas pengacara TV3, En. Nizal Mohammad adalah pesonaliti yang sangat dikenali ramai di Malaysia. Popular dalam slot Jejak Rasul dan Malaysia Hari Ini, sekarang En. Nizal mengendalikan perniagaannya sendiri atas nama Nizal & Co yang berjaya mengadakan bual bicara dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad di sisi kehidupan peribadi beliau.

Pengalaman luas Nizal di bidang pengacaraan dan penyiaran malah terlibat melatih wartawan penyiaran TV AlHijrah mendorong CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten membawa pasukan Media Ikhwan News mencongkil pengalaman beliau ketika kunjungannya ke Restoran Ikhwan Delight Sungai Penchala malam tadi.

Ada perbezaan antara pembacaan dan penyampaian antara panduan yang dijelaskan oleh En Nizal kepada pasukan Ikhwan News. Pembacaan itu sekadar membaca tanpa membawa perasaan agar apa yang disampaikan itu diberi perhatian sedangkan penyampaian adalah membaca sesuatu berita bersama perasaan agar apa yang disampaikan itu diambil perhatian dan difahami oleh pendengar. Oleh itu para pembaca berita sepatutnya ada jiwa untuk menyampaikan berita, bukan sekadar membacanya sahaja.

Dalam majlis tidak rasmi ini, pembaca berita Ikhwan News dilatih secara praktikal bagaimana skil membaca berita dari sudut lontaran suara dan intonasi. Perbezaan membaca berita dan dokumentari juga dijelaskan dengan contoh sekali.

Moga dengan perkongsian pakar seperti ini akan membantu para pengacara dan pembaca berita Ikhwan News meningkatkan mutu penyampaian mereka agar dapat menarik penonton yang lebih ramai mendapatkan berita dan memahami mesej yang hendak disampakan melalui portal berita Ikhwan News.

Views: 286

Reviews for Nizal Mohammad Berkongsi Pengalaman Pembacaan Berita Dengan Pasukan Ikhwan News

There are currently no reviews for Nizal Mohammad Berkongsi Pengalaman Pembacaan Berita Dengan Pasukan Ikhwan News
Scroll to top