SARAJEVO, 10&14.05.2022
Pada 10 dan 14 Mei yang lalu Kedutaan Malaysia ke Bosnia telah memberi kepercayaan kepada Nur Malaysia Sarajevo, syarikat milik GISBH di sini untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk tetamu kehormat iaitu Yang Di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (DR.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan isteri bersama delegasi kerajaan negeri Melaka.
Turut mengiringi beliau ialah pimpinan kerajaan Negeri Melaka seramai dua puluh di antaranya; Ketua Menteri Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh dan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mohd Yusof Bin Tun Syed Nasir atau lebih dikenali dengan Tan Sri Jojo.
Tujuan utama mereka ke Bosnia adalah untuk menghadiri program Sarajevo Business Forum yang berlangsung di sini baru-baru ini.
Pada 10 Mei, para delegasi berpeluang menikmati sarapan ala Malaysia di Bosnia seperti roti canai, nasi lemak berlaukkan ayam goreng, mi goreng telur mata, juga kuih ketayap dan karipap dengan minuman teh tarik dan kopi O.
Manakala pada 14 Mei pula, para tetamu dapat menikmati jamuan makan tengahari nasi putih, ayam masak lemak cili api, daging bakar, ikan Cupra bakar, sambal belacan dan ulam-ulaman serta kuih karipap.
Sebelum majlis berakhir, wakil GISBH sempat memberi taklimat dan perkongsian perkembangan syarikat GISBH yang sudah bertapak di Bosnia sejak tiga tahun yang lalu kepada TYT Tun Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan rombongan yang memang mengenali GISB Holdings.
Sebelum rombongan bertolak balik pihak GISBH sempat bergambar dengan TYT Tun Ali Rustam dan isterinya, antara ulasan beliau; “Terima kasih GISB, makanan sedap dan kenyang, pergi mana-mana tempat, dapat makan masakan GISBH.”
Para tetamu yang hadir terhibur dan berpuas hati dengan masakan yang disediakan oleh pihak GISBH kerana bukan mudah untuk dapatkan masakan citarasa Malaysia asli di tengah benua Eropah ini dan mengucapkan terima kasih dan maju jaya kepada barisan kepimpinan dan warga GISBH di atas usaha yang telah dilakukan.