ISTANBUL 16.06.2022
Restoran Nur Muhammad Istanbul, salah sebuah rangkaian restoran GISBH telah menyertai Festival Rasa Antarabangsa Beyoglu, Istanbul, Turki sebagai satu-satunya wakil restoran Asia Tenggara yang bermula pada 16-20 Jun 2022 yang lalu, di sini.
Terdapat 15 buah negara yang menyertai festival makanan ini antaranya, Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, Belarus, Brazil, Maghribi, Libya, Lubnan, Kuwait, India, Itali, Mexico, Rusia dan Tajikistan.
Di festival ini dikatakan dari Turki ke Azerbaijan, dari Rusia ke Belarus, dari Brazil ke Itali menawarkan pengunjungnya peluang untuk mengenali perayaan budaya dan rasa selama lima hari.
Sebaik selesai perasmian pada hari pertama festival oleh Datuk Bandar Beyoglu, Haydar Ali Yildiz, beliau bersama para tetamu mengadakan lawatan ke booth-booth yang terdapat di sini.
Di booth GISBH, wakil Restoran Nur Muhammad Istanbul, En Luqman Nizam, menyampaikan hadiah berupa plak GISBH kepada beliau.
Booth GISBH juga dikunjungi oleh Konsulat Jeneral Malaysia, Tengku Dzaraif bersama rombongannya.
Ia juga menjadi lokasi berkumpul dan bersarapan pagi bagi para pesilat Sendeng dari Malaysia yang membuat persembahan kebudayaan Malaysia di festival ini.
Sambutan di booth GISBH sangat menggalakkan khasnya daripada warga Turki sendiri yang berkunjung untuk merasai makanan yang disediakan.
Pisang goreng dan air tembikai yang dicadangkan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk diperkenalkan kepada masyarakat Turki yang selama ini tidak pernah merasainya menjadi tarikan utama di booth Nur Muhammad.
Dengan menyertai festival kali ini, Restoran Nur Muhammad Istanbul menjadi lebih dikenali ramai khasnya kepada rakyat Turki sendiri dan ramai pengunjung di kalangan orang-orang Arab.
Pihak GISBH turut menyediakan makanan dan minuman kepada pekerja-pekerja ‘security’ dan kebersihan yang berkhidmat sepanjang festival diadakan.
Jiran-jiran di kalangan warga Turki turut gembira dengan kehadiran pihak GISBH kerana inilah kali pertama mereka merasai makanan Malaysia.
Pada hari kelima festival, pihak konsulat Malaysia telah menawarkan GISBH untuk masuk di tapak booth Malaysia yang ada kekosongan lalu pihak GISBH mengambil peluang dengan menjual beraneka kuih muih dan biskut raya Malaysia.
Moga GISBH terus dapat memberi khidmat dan kerjasama yang baik kepada semua pihak khususnya wakil kerajaan Malaysia di mana sahaja GISBH berada agar persaudaraan dan kasih sayang dapat dieratkan sesama manusia sesuai dengan motto GISBH ‘Berjiwa dan Membahagiakan’.