‘One Stop Islamic Village’ di Satun

Views: 2

SATUN, THAILAND 26.04.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, diiringi Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman dan rombongan GISBH memulakan Kembara Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah di Thailand dengan menyantuni sebahagian penduduk Kg Kuun Don di sini dengan pemberian wang zakat dan pengagihan barang-barang keperluan dapur.

Program Silaturrahim ini telah diadakan di tanah En Najib bin Yusuf, murid kepada Almarhum Tuan Muhammad bin Adam, Mantan Pengarah GISBH Thailand.

En Najib dan keluarga yang pernah dibawa oleh Almarhum Tuan Muhammad Adam melawat pusat-pusat perniagaan Ikhwan dan perkampungan Ikhwan di Malaysia
bercita-cita untuk meniru apa yang telah GISBH bangunkan di Malaysia.

Keinginan itulah yang mendorong beliau untuk membangunkan tanah 1.5 ekar miliknya di Kuuan Don, di sini untuk dijadikan ‘One Stop Islamic Village’ di Thailand.

Di tanah ini, beliau telah mulakan dengan mengusahakan sawah padi, menanam pokok kelapa, menternak ikan di kolam dan membela lembu.

Di pertemuan ini, penduduk kampung juga dihiburkan dengan nasyid-nasyid yang disampaikan oleh para RPU.

Moga cita-cita dan segala usaha En Najib untuk mewujudkan ‘One Stop Islamic Village’ seperti yang beliau lihat di kampung-kampung dan bandar-bandar GISBH di Malaysia Allah tunaikan agar cara hidup Islam dapat dipraktikkan dalam seluruh aspek kehidupan di bumi ‘Gajah Putih’ ini.

Views: 2

Reviews for ‘One Stop Islamic Village’ di Satun

There are currently no reviews for ‘One Stop Islamic Village’ di Satun
Scroll to top