Outride Ikhwan Stud Farm di WBDIH undang nostalgia perjuangan baginda Rasul

Views: 564

MEKAH, 07.02.2024
Sekembali dari menyertai pertandingan kuda lasak (Endurance) di Dubai, Ybhg Tn. Hj. Muhammad Adib At-Tamimi, Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH telah mengatur aktiviti ‘outride’ di kawasan sekitar Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) iaitu sebuah agrofarm GISBH di sini, baru-baru ini.

‘Outride’ bermaksud perjalanan dengan kuda di luar kawasan tertutup atau perjalanan dengan kuda di tempat terbuka.

Kalau di sini, perjalanannya meredah padang pasir sambil menyaksikan dan merasai kehidupan perkampungan di Hudaibiyah, ternakan kambing biri-biri, melihat unta berjalan di atas hamparan padang pasir yang luas berlatarbelakangkan menara jam dari kejauhan.

Aktiviti ini disertai sebahagian staf WBDIH, 16 ekor kuda, 1 ekor unta,
2 ekor keldai, 4 buah ATV dan kenderaan motorcross melalui perjalanan sejauh 20 kilometer dari agrofarm tersebut.

Setelah selesai solat zohor berjemaah di surau terbuka di WBIDH kesemua peserta terlibat mengenakan pakaian ‘Majestic’ iaitu pakaian pejuang Islam zaman dahulu yang penuh kemegahan.

Selaku pemimpin yang bertanggungjawab seperti seorang ayah terhadap anak-anaknya, Tn. Adib telah mengatur dan menyusun rider (penunggang kuda), haiwan-haiwan, Remaja Pembela Ummah Muslimah (RPUM) termasuk seorang kanak-kanak dengan memastikan keselamatan semua agar mereka dapat melihat dan merasai suasana di sekeliling mereka sewaktu outride itu.

Menerusi aktiviti outride ini juga Tn. Adib memimpin agar wujud keselarasan dalam tindakan di kalangan para peserta, saling bekerjasama, mengambil berat serta berlaku kemesraan antara satu sama lain.

Semoga dengan aktiviti sukan sunnah berkuda dalam outride ini bukan sekadar mendapat latihan fizikal bahkan sebagai medan latihan untuk menjadi seorang mukmin yang sangat taat, sabar, berdisiplin, saling terhubung antara satu sama lain malah terhubung hati dengan baginda Nabi Muhammad SAW.

Views: 564

Reviews for Outride Ikhwan Stud Farm di WBDIH undang nostalgia perjuangan baginda Rasul

There are currently no reviews for Outride Ikhwan Stud Farm di WBDIH undang nostalgia perjuangan baginda Rasul
Scroll to top