MEKAH, 13.03.2024
Pusat sehenti sukan sunnah dan chalet GISBH Mekah, Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) di sini yang telah menerima lebih 200 ribu orang tetamu sejak setahun ini terus menerima kunjungan ramai dan kali ini didatangi oleh Pak Ali, tokoh jurulatih kuda terkenal.
Hj. Ali bin Ahmad 83, atau lebih dikenali sebagai Pak Ali Kuda, merupakan jurulatih kuda berdekad lamanya sejak era Kelab Berkuda Al-Arqam Sg. Rumput di tahun 80’an lagi.
Ketibaan Pak Ali dan rombongan dibawa oleh Syeikh Ahmad Fakhruddin Syeikh Abd Rahim, pengarah syarikat pelancongan Naurah Tours & Services Sdn. Bhd. yang sebelum ini membawa ayah beliau, bekas Kadi Temerloh, Tn. Sheikh Hj. Abdul Rahim Sheikh Ahmad melawat WBDIH.
Di WBDIH, Tn. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH menghormati Pak Ali yang merupakan sahabat kepada Pengasas GISBH, Almarhum Ust. Ashaari.
Pak Ali dan Tuan Adib telah berada di muka pintu WBDIH menunggu ketibaan Tn. PE manakala Tn. PE pula sebagai menghormati Pak Ali, sebaik melihat Pak Ali terus turun dari kenderaan, bersalam dan berpelukan agak lama dengan beliau yang telah puluhan tahun tidak bertemu.
Ketika itu, Tn. Adib, Ketua Pegawai Penyelaras GISBH memberitahu Pak Ali bahawa sekarang Tn. Nasir yang menjaga semua warga GISBH.
Kata Pak Ali, “Daripada dulu sampai sekarang Tn. Nasir jaga kita.”
“Pak Ali tak terfikir, macam mimpi jumpa kamu hari ini,” ujar beliau lagi.
Sambil berbual mesra Pak Ali dibawa sendiri beriringan oleh Tn. Hj. Nasiruddin berbuka puasa di khemah badwi yang terdapat di WBDIH.
Moga Pak Ali dan rombongan diberi kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah dengan sebaiknya sepanjang berada di tanah suci.