Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan isteri diiringi Pasukan Protokol Istana Diraja Saudi makan malam di Restoran Nur Malaysia Mekah

Views: 10

MEKAH, 15.07.2022
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Janeral Tan Sri Haji Affendi bin Buang dan isteri diiringi Pasukan Protokol Istana Diraja Saudi telah berkunjung ke Restoran Nur Malaysia Mekah untuk menikmati makan malam di sini baru-baru ini.

Atas permintaan tetamu yang inginkan masakan Malaysia, Pihak Protokol Istana bersetuju untuk membawa mereka ke restoran Nur Malaysia Mekah yang dicadangkan oleh seorang kenalan yang meyakinkan mereka keenakkan masakannya walaupun asalnya pihak Protokol Istana ingin menjamu para tetamu di restoran masakan Arab.

Kehadiran para tetamu pada jam 9.30 malam lengkap diiringi pegawai-pegawai tentera dengan kenderaan ‘escort’ dari pasukan khas lengkap bersenjata ke Restoran Nur Malaysia sangat menarik perhatian semua.

Perancangan awal sejak tahun lalu telah dilakukan di restoran ini apabila Pengerusi Eksekutif GISBH menyewa sebuah lagi premis bersebelahan dengannya dan lantai atasnya dijadikan ruang ‘VIP’ ternyata tepat untuk menerima para tetamu penting.

Rekabentuk dalamannya yang menarik pula mendapat sentuhan para ALP khususnya Dato’ CEO menjadikannya selesa dan sesuai menerima semua golongan pelanggan.

Selain menikmati menu asas di sini seperti tom yam ‘seafood’, siakap 3 rasa dan lain-lain, tetamu diraikan oleh Ybhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH dengan hidangan sup ‘Kembara Ikhwan’ dari sembelihan korban yang diurus sendiri oleh GISBH dan Ais Krim Ikhwan.

Terkesan dengan suasana restoran dan keselesaan Tan Sri dan isteri, Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah iaitu kakak kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan pelbagai makanan yang disajikan, pihak Protokal Istana Saudi menyatakan kepada wakil GISBH bahawa restoran ini akan menjadi pilihan mereka untuk membawa tetamu-tetamu istana (VIP) khasnya yang datang dari Asia Tenggara.

Di majlis ini juga, anak-anak Tan Sri berpeluang bermesra dengan wakil RPUL Tuan Syurahbil Amran dan wakil RPUM Puan Ummu Mubarokah Ashaari dan bergambar kenangan.

Mereka menyatakan rasa gembira kerana selama ini mereka hanya berpeluang pergi ke premis perniagaan GISBH di Malaysia tetapi kali ini dapat berkunjung ke premis Ikhwan di Kota Mekah pula.

Moga segala persiapan GISBH di seluruh dunia dapat dibuat dengan segera agar boleh berkhidmat kepada semua golongan dengan sebaik-baiknya.

Views: 10

Reviews for Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan isteri diiringi Pasukan Protokol Istana Diraja Saudi makan malam di Restoran Nur Malaysia Mekah

There are currently no reviews for Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan isteri diiringi Pasukan Protokol Istana Diraja Saudi makan malam di Restoran Nur Malaysia Mekah
Scroll to top