Pavilion GISBH menarik perhatian ramai di Expo Halal OIC di Istanbul

ISTANBUL, 28.11.2022
Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah menyertai Ekspo Halal Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-9 di Sidang Kemuncak Halal Dunia ke-8 yang merupakan acara Halal terbesar di dunia dari 24 hingga 27 November di sini baru-baru ini.

Ekspo Halal yang merupakan acara tahunan ini memaparkan perkembangan terkini berkaitan Sektor Halal dengan penyertaan ahli akademik antarabangsa dan pakar fiqh dari seluruh dunia.

Meliputi kawasan seluas 14,476 m2, Ekspo Halal OIC, menjadi tuan rumah kepada 378 peserta pameran nasional dan antarabangsa dari 36 negara dan lebih 34,865 pengunjung.

Perasmian telah dibuat oleh Menteri Kewangan Turki, Nureddin Nebati, dihadiri Setiausaha Agung OIC, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Aziz Abdukhakimov, Konsulat Jeneral Malaysia, Istanbul, H.E Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Malaysia, En Zahiruddin Basiran.

Delegasi GISBH diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, Tuan Nasiruddin Mohd Ali diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abd Rahim Pfordten, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Hasnan Abdul Hamid dan pegawai-pegawai lain yang berkaitan di kalangan wanita dan Remaja Pembela Ummah (RPU).

Dengan tema “Untuk Perdagangan Mampan: Terokai Semua Aspek Industri Halal Global yang Berkembang”, penganjur menawarkan kawasan untuk dibina pavilion mengikut kreativiti peserta.

Walaupun majoriti pavilion yang terdapat ‘booth-booth’ di dalamnya dibangunkan atas nama negara seperti Pavilion Malaysia, Indonesia, Qatar, Palestin, Ghana dan lain-lain, GISBH mendirikan sebuah pavilion atas nama syarikat perniagaan yang mempamerkan aktiviti dan perkhidmatan di 15 cawangannya di luar negara.

Pavilion GISBH sangat menarik perhatian semua pelawat kerana bukan sahaja terletak di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan pentas utama malah ia satu-satunya pavilion yang dibuat dua tingkat.

Pelawat berpeluang mendapatkan maklumat mengenai GISBH, melihat produk-produk yang dipamerkan, menonton profile syarikat di skrin yang disediakan dan berbincang dengan pegawai perniagaan GISBH di bilik mesyuarat yang selesa.

Moga cara hidup Islam yang ingin ditonjolkan oleh GISBH dapat dilihat oleh pengunjung Pavilion GISBH melalui peribadi petugas-petugasnya dan carta maklumat yang dipamerkan.

Reviews for Pavilion GISBH menarik perhatian ramai di Expo Halal OIC di Istanbul

There are currently no reviews for Pavilion GISBH menarik perhatian ramai di Expo Halal OIC di Istanbul
Scroll to top