PE GISBH menerima jemputan Presiden IAIB ke pejabatnya

Views: 1,056

ISTANBUL, 30.11.2023
Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali telah menerima jemputan daripada Mr Marat Kabaev yang merupakan Presiden International Association of Islamic Business (IAIB) untuk berkunjung ke pejabat cawangan IAIB di sini hari ini.

Tuan PE diiringi oleh Ahli Lembaga Penasihat (ALP), YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin dan beberapa yang lain sampai di pejabat IAIB Istanbul disambut mesra oleh Mr Marat Kabaev, isterinya, seorang warga Uzbekistan dan pembantu peribadi beliau.

Perbualan mesra antara Mr Kabaev dengan Tuan PE di dalam bahasa Rusia dengan dibantu penterjemah dari GISBH iaitu Puan Mihrimah Amat.

Menurut Mr Kabaev, IAIB mempunyai 190 buah cawangan di mana 40 daripadanya berada di seluruh pelusuk Rusia.

Beliau sangat teruja dengan perkembangan GISBH dan mempelawa Tuan PE bersama GISBH untuk membuka cawangan di Rusia dan sedia memberi segala bantuan yang diperlukan.

Mr Kabaev yang hadir ke Pavilion GISBH di OIC Halal Expo 2023 baru-baru ini, berbangga bila GISBH turut menjadi Main Sponsor Halal Expo tersebut, sempat bertanya kepada Tuan PE tentang perancangan beliau setelah tamat OIC Halal Expo ini.

Tuan PE mengatakan bahawa pihak GISBH akan terus memahamkan masyarakat berkenaan ‘Islam adalah cara hidup’ melalui Expo atau Sidang Kemuncak yang bakal GISBH anjurkan sendiri atau berkolaborasi dengan beberapa organisasi yang mempunyai cita-cita yang sama untuk bekerjasama menganjurkannya.

Sasaran Tuan PE untuk mengadakan Expo atau Sidang Kemuncak (Summit) tersebut di kota-kota besar dunia seperti di London atau Moscow.

Tuan PE juga menyatakan hasrat untuk meneroka kawasan-kawasan pedalaman di Rusia yang terdapat penduduk Muslim untuk mencari mereka yang sangat mencintai Rasulullah SAW.

Mr Kabaev menyambut baik hasrat Tn PE dan bersedia memberi apa-apa pertolongan yang sesuai untuk melaksanakan cita-cita murni Tn PE.

Moga hubungan baik GISBH dengan IAIB dan secara khusus antara YBhg Tn Nasiruddin Mohd Ali dan Mr Marat Kabaev akan berterusan dan memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.

Views: 1,056

Reviews for PE GISBH menerima jemputan Presiden IAIB ke pejabatnya

There are currently no reviews for PE GISBH menerima jemputan Presiden IAIB ke pejabatnya
Scroll to top