Pelakon Travel Lawak ‘Projek Bapak-Bapak’ di Astro Warna bersarapan di Ikhwan Cafe Sydney

Views: 1,999

SYDNEY, 27.08.2023
Sekumpulan 4 orang artis dari Malaysia bersama 13 orang kru penerbitan rancangan komedi travel lawak disiarkan di Astro Warna, telah singgah bersarapan di Ikhwan Cafe Sydney(ICS) ketika mereka menjalani penggambaran ‘Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak’ musim kedua di sini baru-baru ini.

Rancangan komedi tersebut membariskan pelakon-pelakon veteran seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Ramli Mohd Salleh, Roy Azman dan penyanyi veteran Jatt Ali telah berada di Australia selama 2 minggu bagi menjalani penggambaran rancangan tersebut dan pada hari tersebut mereka dijangka bertolak ke Melbourne.

Sejurus sebelum memulakan perjalanan, mereka mencari restoran makanan halal yang paling awal dibuka untuk bersarapan.

Atas cadangan dari ejen pelancongan mereka telah memilih ICS lalu menempah 17 pinggan nasi lemak berlauk ayam, teh tarik, kopi O dan bersarapan di situ.

Semasa berada di dalam ICS, mereka juga sempat melakonkan sebahagian dari adegan rancangan bersiri tersebut.

Selepas makan, kru dan para pelakon bergambar kenang-kenangan bersama staf ICS dan pelancong-pelancong dari Singapura yang juga mengunjungi restoran tersebut.

Dato’ Jalaluddin mengucapkan terima kasih kepada staf ICS atas hidangan yang disediakan dan memuji keenakkannya. Menurutnya, beliau sudah mengenali restoran GISBH di Malaysia dan berasa seronok apabila mendapati GISBH juga mempunyai restoran di Australia.

Semoga restoran Ikhwan terus menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang mencari makanan halal di negara bukan Islam yang mempunyai cawangan restoran Ikhwan. Di samping menikmati makanan citarasa Malaysia, para pelanggan dapat berukhuwah dan berkasih sayang yang merupakan keperluan fitrah semula jadi manusia.

Views: 1,999

Reviews for Pelakon Travel Lawak ‘Projek Bapak-Bapak’ di Astro Warna bersarapan di Ikhwan Cafe Sydney

There are currently no reviews for Pelakon Travel Lawak ‘Projek Bapak-Bapak’ di Astro Warna bersarapan di Ikhwan Cafe Sydney
Scroll to top