Pelancongan Halal menjadi tarikan di Phuket

Views: 83

PHUKET, 21.02.2023
Pelancongan Halal menjadi daya tarikan kepada mereka yang datang ke Phuket sejak akhir-akhir ini kerana masyarakat Islam telah ada kesedaran dan inginkan perubahan tetapi malangnya tiada contoh yang dapat ditonjolkan di sini menurut Mr. Sonthaya Khongthip@Soleh bin Abdullah, Presiden Majlis Pertanian Wilayah Phuket di sini hari ini.

Berkongsi pengalaman ketika bersarapan dengan pengunjung dari Malaysia di dewan Masjid Mukaram, 33 Srisoonthorn Rd, Choeng Thale, Thalang District, Phuket, Mr. Soleh menceritakan antara daya tarikan Kampung Bang Tao ialah mempunyai penduduk Islam yang ramai dan masih lagi mempertahankan kebudayaan Melayu Islam dengan aneka makanan halal.

Kampung ini juga mempunyai muka bumi yang cantik berbukit di mana dari puncaknya pengunjung boleh menikmati alam ciptaan Allah yang indah dengan kehijauan pepohon dan laut yang membiru.

Mr. Soleh yang juga Presiden Perusahaan Pertanian dan Pelancongan Komuniti Halal bercita-cita membangunkan projek pelancongan halal di kawasan Bang Tao seperti restoran halal, pertanian organik, penternakan organik juga menyediakan lokasi yang sesuai untuk pelancong khasnya orang Islam, untuk dijadikan check in point.

Melalui perbincangan, Mr. Soleh akur bahawa pelancongan halal bukan semata-mata lokasi yang menarik dan barang-barang tempatan sebagai daya tarikan tetapi yang paling penting penduduknya benar-benar mengamalkan Islam seperti menutup aurat, menjaga kebersihan, berakhlak mulia, memuliakan tetamu dan lain-lain.

Menyediakan ‘One Stop Islamic Village’ sebagai produk pelancongan adalah solusi terbaik ketika ini kerana umat Islam bukan tiada ilmu tetapi ketandusan contoh atau role model dalam bentuk praktikal.

Dengan ‘One Stop Islamic Village’ yang mempunyai berbagai projek seperti kafe, bakeri, klinik, kedai runcit, butik, surau, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain yang dikendalikan secara Islam sepenuhnya secara automatik akan menarik hati pelancong untuk melawat dan memahami Islam yang sebenar.

Mr. Soleh mendapat semua pandangan dan saranan ini daripada YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Executive Chairman GISBH yang datang bersama rombongan GISBH untuk kali kedua ke sini setelah berkunjung kali pertama pada Oktober 2022 yang lalu.

Moga pelancongan halal yang dicita-citakan oleh beliau akan segera terjadi sebagai alternatif kepada aktiviti pelancongan penuh maksiat yang sangat membawa kesan negatif kepada masyarakat Islam di pulau peranginan terkenal ini.

Views: 83

Reviews for Pelancongan Halal menjadi tarikan di Phuket

There are currently no reviews for Pelancongan Halal menjadi tarikan di Phuket
Scroll to top