Pembentangan Teknologi Fateh kepada Menteri KPDNHEP-2

Views: 23

PUTRAJAYA, 08.09.2022
Lima orang wakil GISBH yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasinya, YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid telah membuat satu pembentangan mengenai Teknologi Fateh kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) DS Alexander Nanta Linggi dan pasukannya di pejabat KPDNHEP di sini baru-baru ini

Wakil-wakil GISBH yang tiba seawal jam 2.00 petang berpeluang bertemu dengan YB Menteri di pejabatnya walaupun tiada dalam jadual awal pertemuan.

YB Menteri seorang yang ramah telah dapat mendengar terus penerangan ringkas mengenai GISBH dan produk- produk Teknologi Fateh daripada Tuan Hasnan Abdul Hamid.

Beliau juga dihidangkan dengan Ayam Fateh yang dimasak kosong tanpa minyak atau sebarang perencah dan juga donut Ikhwan yang disediakan menggunakan Fateh Formula untuk merasakan perbezaannya dari produk biasa.

Di kesempatan itu juga, diberikan kepada beliau booklet GISBH dan pamplet produk-produk Ikhwan.

Pembentangan yang bermula jam 3.20 petang di bilik mesyuarat dihadiri lebih 20 orang setiausaha-setiausaha jabatan yang dipengerusikan sendiri oleh YB DS Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha dan YBhg Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha manakala di pihak GISBH pula diwakili oleh YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor, Pegawai Tadbir Syarikat Bahagian Pentadbiran, En Safiri, Pegawai Tadbir Syarikat Bahagian Penternakan, En Rizal Asrin dan En Azizi Ahmad.

Tayangan video profile tidak dapat dilaksanakan kerana menurut mereka cuma ada 20 minit slot untuk GISBH.

Selepas membuat penerangan ringkas berkenaan GISBH, En Rizal membuat penerangan tentang Teknologi Fateh iaitu satu enzim dari bahan semulajadi tanpa menggunakan kimia yang berfungsi untuk menggalakkan proses metabolisme samada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Pembentangan yang dibantu dengan ‘Power Point Slide Show’ itu diberi perhatian serius oleh semua yang hadir dan disusuli dengan pertanyaan-pertanyaan daripada pihak KPDNHEP antaranya; adakah teknologi ini sudah di patentkan?
Bagaimana pasaran Fateh Unggas dan Ayam Fateh di Indonesia? Berapa banyak penjimatan (RM) dalam kos makanan ayam? Dan lain-lain.

Di akhir pembentangan, YB Menteri membuat rumusan bahawa teknologi ini adakah satu teknologi yang baik, yang perlu diketengahkan lagi untuk membantu ‘food security’ negara.

KPDNHEP juga berpendapat bahawa Teknologi Fateh ini lebih sesuai dibincangkan dengan lebih terperinci bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan mereka sendiri akan memaklumkan hal ini kepada MAFI.

Pertemuan yang asalnya dijadualkan selama 20 minit itu berakhir selama satu jam.

Moga segala usaha untuk membantu rakyat dan negara ini Allah rahmati dan berkati agar seluruh lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang sihat dengan harga yang berpatutan.

Views: 23

Reviews for Pembentangan Teknologi Fateh kepada Menteri KPDNHEP-2

There are currently no reviews for Pembentangan Teknologi Fateh kepada Menteri KPDNHEP-2
Scroll to top