BANDAR BARU ENSTEK, 08.04.2023
Pihak Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dengan kerjasama GISBH telah menyerahkan sumbangan awal kepada Afghan Relief Malaysia (ARM) sebagai bantuan persiapan untuk pembinaan sebuah premis kilang roti di Kabul, Afghanistan di sini semalam.
YKPPM dan GISBH diwakili oleh YDH Tuan Mohd Fadhil Yasin dan YDH Tuan Hasnan Abdul Hamid manakala ARM diwakili oleh Dr. Mohammad Amin Jami, Pengarah ARM dan pengasasnya.
Majlis penyerahan telah diadakan di restoran GH Corner Enstek salah sebuah restoran di bawah rangkaian restoran GISBH di alamat Jalan Timur 6/2, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.
Apabila siap untuk beroperasi nanti, kilang ini akan membekalkan roti nan kepada 1,000 orang penduduk miskin setiap hari di sekitar Kabul yang sangat memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka secara berterusan.
Melalui YKPPM, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk sama-sama mengambil tanggung jawab membela saudara seagama kita yang tersangat miskin dan melarat di sana.
Moga bantuan seperti ini meringankan beban kepada rakyat Afghanistan, khasnya penduduk awam yang menderita kemiskinan dan kelaparan akibat peperangan yang berlarutan puluhan tahun ditambah dengan kemarau dan gempa bumi.