MANJUNG, 22.05.2022
Pasar raya Ikhwan Sri Manjung (PISM), salah sebuah pasar raya di bawah rangkaian Pasar Raya dan Ikhwan Mart GISBH telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di ruang legar pasar raya, di sini, hari ini.
Majlis yang bermula dari jam 11 pagi hingga jam 4 petang itu bertali arus menerima kedatangan tetamu di kalangan penduduk Sri Manjung, Lumut dan sekitarnya hingga mencapai lebih 1000 orang.
Tetamu dijamu dengan juadah-juadah seperti nasi tomato berlauk ayam merah, sate, laksa, roti canai, lontong, kambing bakar, lemang, rendang ayam dan daging, mi goreng, bihun goreng, buah-buahan dan pelbagai minuman serta dihiburkan dengan persembahan nasyid membangun jiwa.
Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Hj Badrol bin Bulat, wakil YB Lumut, Tuan Shahril bin Salihan Pengarah Perlesenan dan Penguatkuasaan MPM, Puan Jamaliah binti Osman, Pengerusi Persatuan Penjaja Perniagaan Melayu Manjung, En Mohd Faizal bin Md Kasim, Penolong Ketua Pegawai Daerah Manjung (Tanah), Cikgu Adnan bin Bakar, Presiden Koperasi Persalam Manjung Berhad (Persalam) dan Kapten@Komander Bersara Mohd Isnin bin Ismail@Ibrahim Khan
Pengarah META( Maritime Education Training Acedemy) Seri Manjung,
Antara yang disentuh oleh Tuan Hj Badrol bin Bulat, sebagai wakil YB Dr Mohd Hatta bin Mat Ramli, Ahli Parlimen Lumut ialah ucapan tahniah dan ribuan terima kasih daripada penduduk Parlimen Lumut kepada pengurusan Ikhwan yang bertungkus lumus menyediakan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan sepanjang PKP yang kita lalui dua tahun ini.
Cikgu Adnan bin Bakar,
Presiden Koperasi Persalam Manjung Berhad (Persalam) pula merakamkan terima kasih kepada pihak GISBH kerana dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan dan merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan Pasar Raya Ikhwan. Pihak Persalam yang menaungi peniaga-peniaga di Manjung akan terus memberi sokongan padu kepada Pasar Raya Ikhwan.
Pengarah META (Maritime Education Training Acedemy), Seri Manjung, Komander Bersara Mohd Isnin bin Ismail Khan pula menyeru seluruh lapisan masyarakat agar terus mebeli belah di Pasar Raya Ikhwan yang disifatkan sebagai pusat ekonomi Islam masyarakat Manjung.
Moga hubungan baik antara masyarakat Manjung dan sekitarnya dengan Pasar Raya Ikhwan akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat samada dalam mendapatkan keperluan harian juga dalam meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti ini.