Pengasas Food Critics United ke Ikhwan Delights Sungai Penchala

Views: 111

KUALA LUMPUR, 27.06.2022
Pengasas Food Critics United, Datuk Dr Syed Naguib Syed Abu Bakar telah berkunjung ke restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala di sini, baru-baru ini.

Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala telah mendapat sijil pengiktirafan Kategori A dari sudut kualiti daripada Food Critics United lebih setahun yang lalu iaitu pada 1 Januari 2021.

Food Critics United adalah sebuah ‘Facebook Group’ yang telah wujud selama 12 tahun dan mempunyai 3.4 ribu pengikut yang merupakan pelanggan atau orang awam yang makan di mana-mana tempat makan awam dan memberi pendapat tentang makanan yang mereka makan.

Setelah menikmati Nasi Mandy Ayam, Nasi Mandy Kambing, Beriani Kambing Karachi dan beberapa juadah yang lain, Datuk Dr Syed Naguib berkata;
“Setelah satu tahun, kami kembali untuk menilai semula kualiti menu masakan di sini. Kualiti masih sangat baik. Kami tidak mempunyai bantahan untuk memperbaharui sijil anda selama dua tahun lagi.”

Menurutnya, sijil yang ada akan digantikan dengan sijil yang baharu dalam masa terdekat dan beliau manganjurkan agar usaha yang baik ini diteruskan.

Moga semua rangkaian 118 buah restoran GISBH di seluruh dunia menghidangkan makanan yang bersih, suci, lazat dan berkualiti untuk mengembirakan setiap pelanggan kerana menggembirakan orang juga salah satu cara untuk mendekatkan manusia kepada Allah.

Views: 111

Reviews for Pengasas Food Critics United ke Ikhwan Delights Sungai Penchala

There are currently no reviews for Pengasas Food Critics United ke Ikhwan Delights Sungai Penchala
Scroll to top