Pengerusi Bank Islam Thailand bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH

Views: 721

NARATHIWAT, 20.08.2023
Pengerusi Bank Islam Thailand (ibank) Mr. Poomsak Aranyakasemsuk telah bertemu
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali di The Imperial Narathiwat Hotel, Phichitbumrung Rd, Bang Nak, di sini semalam.

Beliau yang diiringi oleh Pengarah Urusan merangkap Presiden Islamic Bank Dr. Thaweelap Rittapirom bertemu Tuan Nasiruddin ketika beliau telah menaiki kenderaan untuk bergerak meninggalkan Thailand menuju Malaysia.

Di pertemuan yang sangat singkat itu, Pengerusi ibank yang mengetahui GISBH telah membuat pelaburan di beberapa buah projek di Thailand bertanya, bank mana yang GISBH gunakan ketika melabur di Malaysia.

Belum sempat Pengerusi Eksekutif GISBH menjawab soalannya, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil nombor telefon GISBH Thailand untuk dihubungi dan berunding berkenaan pembiayaan projek-projek yang akan GISBH bangunkan di Thailand.

Oleh kerana masa terlalu suntuk, Pengerusi Eksekutif dan rombongan terpaksa segera bergerak setelah bersalam mesra dan berkenalan ringkas dengan Pengerusi ibank dan Presidennya dan meminta pasukan GISBH Thailand segera berhubung dengan mereka.

Program Silaturrahim, Ziarah, Dakwah dan Tijarah Tuan Nasiruddin Mohd Ali di seluruh Thailand diikuti dengan perjanjian persefahaman, dilanjutkan dengan mengadakan ekspo dan pameran telah menarik perhatian banyak pihak untuk bekerjasama dengan GISBH di Thailand.

Terdahulu, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengiringi Timbalan Gabenor Narathiwat, Mr. Preecha Nualnoi merasmikan Festival Perdagangan Sempadan Narathiwat anjuran Kementerian Perdagangan Thailand di sini.

Moga melalui wadah perniagaan begini, GISBH dapat mempamerkan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh lapisan masyarakat di Thailand dan bekerjasama membangunkan masyarakat Islam yang berjiwa dan membahagiakan di sini.

Views: 721

Reviews for Pengerusi Bank Islam Thailand bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH

There are currently no reviews for Pengerusi Bank Islam Thailand bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH
Scroll to top