RAWANG, 26.10.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, Ybhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah menerima kunjungan 2 orang pelabur dari Dubai, UAE iaitu Mr. Mirsad Prentic, berasal dari Montenegro dan Mr. Kamaldin Makhmudov, berasal dari Russia diringi kenalan mereka Mr. Mokhtar Ali, pemilik Restoran Hadramawt di Pejabat GISB Holdings Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah para Ahli Lembaga Penasihat GISBH; Tn. Hj. Hasnan Abdul Hamid, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yassin dan Pn. Hajjah Azura Mohd Yusof juga Senator (B) Datuk Dr. Ras Adiba Mohd Radzi beserta doktor- doktor GISBH, Dato’ Dr. Abd Rahim Tahir, Dr. Yusof Abu Bakar, Dr. Siti Rafiaah Ismail dan Dr. Azlina Jamaluddin.
Agenda pertemuan adalah untuk membincangkan usahasama dalam pelaburan projek Kompleks Sihat Ikhwan, cetusan idea dan aspirasi Pengerusi Eksekutif GISBH, Ybhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali.
Melalui Kompleks Sihat Ikhwan ini, YBhg. Tn Hj Nasiruddin berhasrat dapat memberi sebaik-baik perkhidmatan kepada warga tempatan mahupun antarabangsa dari seluruh aspek kesihatan, rawatan, terapi, penginapan untuk pelawat di kalangan ahli keluarga malah segala prasarana yang lengkap sebagai sebuah pusat sehenti kesihatan.
Di dalam pertemuan ini, secara umumnya Mr. Mirsad dan Mr. Kamaldin bersedia membantu GISBH dalam usahasama ini agar Kompleks Sihat Ikhwan dapat direalisasikan namun perbincangan lanjut dengan beberapa rakan strategi mereka masih perlu diteruskan dari masa ke semasa.
Moga Allah yang Maha Baik, menjayakan projek Kompleks Sihat Ikhwan seperti yang dihasratkan Pengerusi Eksekutif GISBH untuk memberi khidmat rawatan, terapi dan pemulihan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia agar mereka yang menerima rawatan sembuh dari penyakit, semakin kuat hubungan dengan Tuhan dan menjalani kehidupan penuh kebahagiaan.