Pengerusi Eksekutif GISBH bertemu pemilik kilang kapsul habbatus sawda’ Al-Baraka

Views: 117

ISKANDARIAH, 03.09.2022
YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH telah memenuhi jemputan Dr Syirin Helmy, pemilik kepada Syarikat Pharco Pharmaceutical, pengeluar kapsul habbatus sawda’ jenama Baraka di sini baru-baru ini.

Seramai 28 orang staf GISBH Mesir berpeluang menyertai rombongan Tuan Pengerusi Eksekutif di dalam program ziarah tersebut kerana Dr Syirin Helmy menyediakan sebuah bas mini untuk menjemput rombongan dari vila GISBH di Kaherah ke Iskandariah.

Dr Syirin Helmy merupakan murid kanan kepada Almarhum Sidi Mohsin Al-Laban, sahabat Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas syarikat GISBH.

Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan tiba ke Zawiyah Al-Laban pada jam 11.30 pagi dan disambut sendiri oleh Dr Syirin Helmy.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Syeikh Tajuddin yang merupakan bekas mufti di Australia serta beberapa orang tetamu Dr Syirin yang lain.

Setelah sesi taaruf, program diteruskan dengan tayangan profail GISBH dalam bahasa Arab dan persembahan nasyid daripada RPU Mesir.

Tetamu yang menonton tayangan, kagum atas pencapaian GISBH khususnya berkaitan keluarga besar yang mengamalkan poligami.

Setelah itu, Dr Syirin telah mengajak Ybhg DTPE dan rombongan untuk menziarahi bilik berkat Syeikh Mohsin Al-Laban yang tersimpan beberapa barang-barang yang mempunyai nilai sejarah seperti kelambu Kaabah yang berumur lebih 200 tahun kerana Mesir pernah menjadi tempat menenun kain kelambu Kaabah suatu masa dahulu.

Dr Syirin juga menceritakan pengalamannya yang pernah direzkikan masuk ke laluan bawah Kaabah sehingga ke Makam Ibrahim.

Dr Syirin juga istilahkan pertemuan ini seperti ‘Bluetooth’, bilamana ‘on’, dia akan terus tersambung dengan peranti yang lain sebab itulah apabila bertemu dengan Tuan Nasiruddin Mohd Ali beliau sangat terharu dan mengalirkan air mata malah memeluk erat Tuan Nasiruddin walaupun baru kali pertama bertemu.

Setelah itu Dr Syirin menjamu seluruh tetamu makan tengahari dan menghadiahkan kepada YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH replika surat tulisan tangan Rasulullah SAW kepada Raja Rom yang mempunyai cop mohor.

Syeikh Tajuddin pula membacakan hadis, Islam itu asalnya dagang dan akan kembali dagang, maka beruntunglah orang yang dagang dan menjelaskan maksud dagang di sini ialah orang yang fikiran dan akhlaknya yang pelik tidak seperti umat Islam yang ada sekarang.

Apabila Tuan Nasiruddin bertanya kepada Syeikh Tajuddin, setakat ini, di manakah negara Islam yang boleh menjadi contoh kepada dunia, beliau
menjawab, belum ada lagi kerana setiap negara ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri dan perlu saling tampung menampung.

Tuan Nasiruddin menjelaskan GISBH hanya bagaikan burung pipit di zaman Nabi Ibrahim yang cuba memadamkan api dan GISBH ingin belajar dari umat Islam di Timur Tengah yang lebih berpengalaman.

Menurut Dr Syirin, kalau Tuan Nasiruddin merasakan GISBH umpama burung pipit, maka mereka hanya umpama rama-rama sahaja.

Dr Syirin memberi tahu bahawa beliau akan bermusafir ke Malaysia, untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk membincangkan usahasama dalam menghasilkan ubat-ubatan.

Di kesempatan itu, Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH mengambil peluang menjemput Dr Syirin untuk ke Pusat Perniagaan Ikhwan di Malaysia supaya dapat bertemu dengan YH Dato’ Tuan Lokman Hakim Pfordten di sana.

Suasana pertemuan yang banyak memfokuskan berkaitan membaiki diri dan mencintai Rasulullah SAW ini menambah kuatkan ikatan hati sesama umat Islam dari bangsa dan negara yang berbeza agar terjalin kerjasama untuk kebaikan seluruh umat.

Views: 117

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH bertemu pemilik kilang kapsul habbatus sawda’ Al-Baraka

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH bertemu pemilik kilang kapsul habbatus sawda’ Al-Baraka
Scroll to top