Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan melawat Masjid Agung Demak

SEMARANG 14.04.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Masjid Agung Demak di sini hari ini dalam rangka kembara seluruh Indonesia Silaturrahim, ziarah, dakwah dan tijarah juga lawatan kerja ke projek-projek GISBH di Indonesia.

Masjid Agung Demak ini merupakan masjid lama yang dibangunkan oleh Raden Patah dari Kerajaan Demak dibantu oleh para Walisongo pada abad ke-15 Masehi. Masjid ini termasuk salah satu dari masjid-masjid yang tertua di Indonesia.

Ia terletak di Kampung Kauman, Kelurahan Bintoro, Kabupaten Demak, Jawa Tengah. Berada di dataran dan pusat bandar Demak dan tidak sukar untuk ditemukan.

Masjid Agung Demak dahulunya adalah tempat berkumpulnya Walisongo yang menyebarkan agama Islam di tanah jawa, oleh kerana itulah Demak mendapat jolokan kota wali. Tuan Nasiruddin dan rombongan dapat melawat ke ruang sembahyang dan mendapat penerangan mengenai empat tiang yang setiap satunya dibina sendiri oleh Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Ampel dan Sunan Kalijaga.

Bumbung masjid berbentuk limas yang bersusun tiga pula merupakan gambaran ajaran Islam terdiri daripada Iman, Islam dan Ihsan.

Terdapat banyak makam-makam raja-raja Kesultanan Demak di kompleks Masjid Agung Demak, di antaranya adalah Sultan Fattah yang merupakan raja pertama kasultanan Demak. Di kompleks ini juga terdapat Muzium Masjid Agung Demak, yang menempatkan berbagai arkeologi sejarah berkaitan Masjid Agung Demak, di antaranya kayu bangunan asli masjid buatan Sunan Kalijaga, barang-barang peninggalan para wali lainnya, serta catatan silsilah para ulama hingga bersambung ke jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Di akhir ziarah, para peserta rombongan sempat bergambar kenangan di hadapan Masjid Agung Demak. Moga keberkatan perjuangan para Wali Songo mengalir kepada seluruh anggota rombongan sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan di era kini.

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan melawat Masjid Agung Demak

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan melawat Masjid Agung Demak
Scroll to top