Pengerusi Eksekutif GISBH ditemuramah untuk majalah Fortune

Views: 88

BANDAR BARU ENSTEK, 09.06.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah ditemuramah oleh dua orang wartawan dari REO Communications untuk di muatkan ke dalam majalah Fortune di Restoran GH Corner di sini semalam.

REO Communications ialah penyedia kandungan global yang membekalkan berita kepada Majalah Fortune. Mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam sektor ini dan purata 5,000 wawancara dengan pemimpin politik dan perniagaan global setiap tahun.

Fortune pula adalah majalah yang bersaing dengan Forbes dan Bloomberg Businessweek dalam kategori majalah perniagaan, yang beribu pejabat di New York City, Amerika Syarikat.

Julia Flammann, Country Director REO Communications dan Maria Gay Mesa, Editorial Manager telah datang ke Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Baru Enstek,untuk menemuramah Pengerusi Eksekutif GISBH.

Majlis dimulakan dengan tayangan profil GISBH kepada mereka untuk mendapatkan gambaran secara ringkas tetapi menyeluruh tentang syarikat GISBH

“Inilah khidmat kita dalam masyarakat kerana Islam adalah cara hidup, cara hidup inilah yang kita hendak praktikkan untuk kita selamat dan orang lain pun selamat, kita cuba struggle apa yang kita buat. Itu asasnya,” ujar Tuan Nasiruddin Mohd Ali.

Seterusnya wartawan tersebut bertanya tentang perancangan Tuan Pengerusi Eksekutif di masa akan datang.

Tuan Pengerusi Eksekutif berkata sekarang sedang berlaku masalah bekalan ayam di Malaysia. Selama 5 tahun GISBH telah membuat kajian tentang masalah ini dan sekarang GISBH sedang berusaha membangunkan satu perusahaan ayam melibatkan kerjasama dengan Indonesia dan Thailand.

GISBH mahu membantu kerajaan Malaysia mengatasi masalah kekurangan bekalan ayam ini, di mana hasil kajian GISBH mendapati rakyat Malaysia menggunakan ayam sebanyak 5 juta ekor sehari.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai konsep halal dalam industri, Tuan Pengerusi Eksekutif menerangkan bagi syarikat GISBH, konsep halal tidak terbatas kepada bentuk makanan dan sistem sahaja, tetapi menjalani cara kehidupan yang berlandaskan syariat Islam kerana ia adalah satu cara hidup, justru tidak mungkin makanan untuk orang Islam dibuat oleh orang yang tidak faham tentang kebersihan menurut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasul.

Bukan saja kaedah penyediaan atau aspek fizikal dan material yang ditekankan dalam penghasilan produk, tapi orang yang terlibat menghasilkan produk juga perlu berakhlak mulia.

Dengan demikian, orang yang memakan makanan tadi akan terdorong berakhlak mulia selain dapat menikmati makanan yang lazat dihasilkan oleh orang yang bersih hatinya.

Dalam Islam, makanan merupakan faktor yang boleh mengubah hati seseorang. Sekiranya seseorang itu memakan benda yang kurang jelas halal (syubhat), hatinya akan membuahkan akhlak buruk yang menimbulkan gejala negatif dalam masyarakat.

Oleh sebab faktor menjaga hati dari pemakanan merupakan antara yang sangat dititikberatkan dalam syarikat GISBH.

Atas dasar ini, GISBH memberi perhatian serius dalam hal pembinaan sakhsiah insan yang menjadi modal insan syarikat dalam bentuk latihan dan didikan. Walaubagaimanapun keduanya ini dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Tetapi bagi barangan yang dihasilkan oleh golongan bukan Islam, bukan menjadi tanggungjawab GISBH, dan terserah pada pihak kerajaan menentukannya.

Mengenai pertanyaan wartawan berhubung kepentingan remaja dalam syarikat GISBH, Tuan Nasiruddin memberitahu, terdapat hampir 90 peratus bersamaan 3500 remaja dalam syarikat. GISBH mahu menjadikan mereka sebagai tenaga barisan hadapan, memandangkan mereka masih bertenaga.

Di waktu ini di mana telah berlaku kerosakan dalam kalangan remaja di mana-mana, GISBH mengambil inisiatif melatih mereka di pusat-pusat latihan yang disediakan hingga mereka layak memikul tanggungjawab dan mampu berperanan di barisan hadapan. Hal ini juga termasuk konsep halal yang disebutkan tadi.

Apabila ditanya berkaitan penerimaan GISBH terhadap pekerja bukan Islam, Tuan Pengerusi Eksekutif menjelaskan apabila bilangan kilang GISBH bertambah banyak, GISBH akan menawarkan pekerjaan kepada bukan Islam tetapi syarikat akan latih mereka sesuai dengan cara yang dikehendaki oleh Islam.

“Malah kita telah ada kerjasama dengan bukan Islam di Thailand dan ia berjalan dengan baik tanpa bermasalah,” menurut Tuan Nasiruddin Mohd Ali lagi.

Begitulah sebahagian daripada isi temuramah untuk Majalah Fotune terhadap Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang menjadi salah seorang tokoh yang diambil kira hala tuju pemikiran dan perjuangannya di peringkat antarabangsa.

Views: 88

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH ditemuramah untuk majalah Fortune

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH ditemuramah untuk majalah Fortune
Scroll to top