Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Kongres Menoktah Kemiskinan

Views: 489

KAJANG, 20.12.2023
Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah dijemput menghadiri Kongres Menoktah Kemiskinan anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Benevolent Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Tenaga Nasional dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) di sini hari ini.

Turut hadir bersama beliau ke kongres yang diadakan di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi – Putrajaya ini, 10 orang pimpinan GISBH.

Kongres Menoktah Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga ini ialah kesinambungan daripada Sidang Meja Bulat Menoktah Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga yang telah diadakan pada 23hb Ogos 2023 lalu yang turut dihadiri oleh Tn PE GISBH.

Selain dari Ucaptama dan Forum terdapat program yang penting iaitu Pembentangan Resolusi atau Round Table Discussion di mana terdapat 63 penyertaan daripada 37 organisasi kerajaan, swasta dan NGO serta pemimpin masyarakat di mana para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diberi nama Dimensi dan masing-masing Dimensi membincangkan tajuk-tajuk khusus.

Tn. PE GISBH dilibatkan dalam Dimensi 1 dengan tajuk Merekayasakan sektor ketiga sebagai rakan kongsi dalam menoktah kemiskinan, telah mengutarakan satu idea yang sangat diterima baik iaitu cadangan mewujudkan Pusat Pemulihan Rakyat Termiskin.

Pusat ini menurut Tn. PE untuk memulihkan rakyat termiskin dengan memperkasa iman, ukhwah dan kefahaman Islam dan keselarasan sesama kerana menurut Tn. PE, Islam ada cara untuk mengurus kemiskinan iaitu dengan cara menanamkan iman di dalam hati penganut-penganutnya.

Program yang jadualnya dirasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diwakilkan kepada YB Datuk Razlan Rafii, Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah kerana YAB Dato’ Seri sedang berada di Mekah menunaikan ibadah umrah.

Kongres sehari ini dianjurkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Benevolent Malaysia, dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Tenaga Nasional, dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

Moga penglibatan GISBH dalam program peringkat nasional sebegini memberi kesan baik pada GISBH dan sedikit sebanyak memberi faedah kepada kerajaan dalam menangani isu kemiskinan yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Views: 489

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Kongres Menoktah Kemiskinan

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Kongres Menoktah Kemiskinan
Scroll to top