KUALA LUMPUR, 30.04.2024
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Cawangan Khas PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini baru-baru ini.
Beliau diiringi oleh Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin, Pegawai Tadbir Syarikat, Pn. Hjh. Azura Mohd Yusuf, ALP Muslimah dan beberapa orang pimpinan yang lain berjumlah 8 orang.
Terdapat 9 stall dikendalikan oleh jabatan-jabatan di bawah Cawangan Khas dengan pelbagai juadah seperti nasi, lauk pauk, termasuk daging masak lemak cili api dan kambing bakar yang menyelerakan.
Tn. Hj. Nasiruddin berpeluang bertemu ramai kenalan khususnya Dato’ Sri Khalid Ismail, Pengarah Cawangan Khas, PDRM, Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia (WTCKL), YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus, YDP YADIM dan Toqqi atau Dato’ Nadzim Johan, Pengerusi PPIM.
Terdahulu, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali menyerahkan plak cenderahati GISBH dan hamper produk Ikhwan kepada Dato’ Sri Khalid Ismail yang menyambut rombongan GISBH di pintu masuk dewan.
Moga dengan program seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak keselamatan dengan orang awam khasnya GISBH dan moga pihak Cawangan Khas juga dapat menghadiri Rumah Terbuka GISBH Pusat pada 5 Mei di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang.