Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Resepsi Pernikahan anak Timbalan Ketua Pengarah MKN

Views: 19

SUBANG JAYA, 28.05.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali menghadiri jemputan ke Majlis Resepsi Pernikahan anak Datuk Baharuddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah MKN, di Summit Hotel Subang USJ di sini hari ini.

Turut mengiringi Tuan Nasiruddin, para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Tuan Mohd Fadhil Yasin, Puan Azura Mohd Yusof dan 10 orang pimpinan serta pembantu.

Rombongan yang tiba jam 11.07 pagi disambut sendiri oleh YBhg Datuk Baharuddin di pintu masuk Grand Ballroom.

Setelah bersalam-salaman dan bertanya khabar, Datuk Baharuddin mempersilakan rombongan GISBH masuk ke dewan menuju ke meja VIP.

Di meja tersebut, beberapa orang kenalan telah datang bertemu dan berbual mesra dengan YDH Tuan Pengerusi Eksekutif seperti Datuk Seri Akhil Bulat, Pengarah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (World Trade Centre-WTCKL), Dato’ Ridhuan Hashim, Tuan DCP Zainuddin Ahmad, Tuan SAC Mashdik Yahya dan lain-lain.

Setelah menjamu selera dengan pelbagai juadah makan tengahari, makanan pencuci mulut dan minuman, rombongan beransur meninggalkan dewan kira-kira jam 11.55 AM.

Di pintu keluar, rombongan sekali lagi bertemu dengan tuan rumah, Datuk Baharuddin dan sempat bergambar kenangan dengan beliau sejurus sebelum pulang.

Moga perhubungan baik pimpinan GISBH dengan semua pihak mendapat pandangan rahmat daripada Allah Taala dan membuahkan kebaikan untuk semua.

Views: 19

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Resepsi Pernikahan anak Timbalan Ketua Pengarah MKN

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH hadiri Resepsi Pernikahan anak Timbalan Ketua Pengarah MKN
Scroll to top