Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Syarikat Syarikat Pengeluar Ayam Parent Stock, PT Putera Perkasa Genetika

Views: 11

BOGOR, 29.03.2022.
Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongannya telah mengadakan lawatan ke syarikat pengeluar ayam Parent Stock, PT Putera Perkasa Genetika di Gunung Sindur, Bogor, di sini hari ini.

Putera Perkasa Genetika (PPG) ialah sebuah syarikat pengeluar ayam Parent Stock (PS), malah ia adalah satu-satunya pengusaha di Indonesia yang mengeluarkan Ayam Parent Stock dan Final Stock Ayam Pedaging (FS) atau Day Old Chicken (DOC).

Selain ayam pedaging, syarikat ini juga mengeluarkan ayam kampung, itik dan burung puyuh.

PPG juga merupakan satu-satunya pengusaha di Indonesia yang telah mendapat pengiktirafan berupa ‘Pensijilan Pengeluaran’ ayam pedaging dari pihak berkuasa Indonesia.

Ras atau ‘strain’ ayam pedaging yang dihasilkan di sini dinamakan ‘Gunsi’ mengambil sempena nama lokasi peternakan PPG iaitu di Kampung Gunung Sindur.

Kunjungan Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan kali ini adalah dalam rangka melihat lebih dekat syarikat tunggal yang terlibat dengan ‘Kejuruteraan Genetik Ayam Daging’ di Indonesia.

Di seluruh dunia hanya ada lima buah syarikat besar pengeluar ‘strain’ ayam pedaging iaitu Cobb, Ross, Lohman dan Hybro dan satu-satunya syarikat dari Asia adalah ‘strain’ Gunsi berasal dari Indonesia.

Setakat ini GISBH Indonesia telah menjalankan projek penternakan ayam di Bogor, namun melihatkan kemudahan untuk mendapatkan benih ayam di Indonesia melalui syarikat ini, Tuan Nasiruddin Mohd Ali terus menyusun agar setiap satu dari 13 buah zon GISBH di Indonesia memulakan ternakan ayam pedaging.

Mudah-mudahan ia menjadi titik permulaan untuk GISBH menjadi peneraju empayar ternakan ayam pedaging seluruh Indonesia suatu masa nanti.

Views: 11

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Syarikat Syarikat Pengeluar Ayam Parent Stock, PT Putera Perkasa Genetika

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH Melawat Syarikat Syarikat Pengeluar Ayam Parent Stock, PT Putera Perkasa Genetika
Scroll to top