Pengerusi Eksekutif GISBH menziarahi makam Syeikh Edibali

Views: 7

ISTANBUL, 03.07.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin dan rombongan telah menziarahi makam Syeikh Edibali, mursyid kepada sultan pertama Empayar Uthmaniah, Sultan Uthman Al-Ghazi di sini, baru-baru ini.

Syeikh Edbali atau nama sebenarnya Imaduddin Mustafa bin Ibrahim bin Inac al-Kirsehri (1206-1326) merupakan seorang ulama sufi dari tarekat vefa’iyye Vafa’iyye (Wafa’iyah) yang merupakan cabang dari tarekat Syazaliah. Ia mendalami fiqh Hanafi dan sempat menuntut ilmu di Damsyiq, sebelum kembali ke kawasan Asia Kecil dan membuka zawiyah di Bilecik.

Syeikh Edebali bersahabat dengan Ertugrul Gazi, bapa Uthman dan selalu berbincang dengannya mengenai Islam dan keadaan umat Islam di Anatolia.

Setelah kemangkatan ayahnya dan menjadi sultan Uthman meneruskan persahabatan ayahnya dengan Syeikh Edebali dan sering menjadi tetamunya. Akhirnya baginda menjadi murid dan menantunya.

Hubungannya yang begitu rapat dengan mursyidnya membuatkan Sultan Uthman melantiknya sebagai qadhi dan mufti pertama di dalam pemerintahannya.

Tradisi Sultan Uthman Ghazi yang hidup bermursyidkan Syeikh Edebali
diikuti oleh generasi setelahnya. Setiap Sultan Uthmaniah selepasnya mempunyai seorang mursyid yang menjadi pembimbing rohani mereka termasuk Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Kota Konstantinople yang bermursyidkan Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

Empayar Uthmaniah dan perkembangan tamadunnya yang hebat serta berumur panjang itu dikatakan adalah hasil hubungan antara ulama dan umara, juga kesatuan antara tasawuf dan ketenteraan.

Di makam Syeikh Edebali, YBhg Tuan Nasiruddin dan rombongan mengambil peluang menghayati sejarah Mursyid yang mulia ini dan berdoa untuk kesejahteraan semua warga GISBH dan umum Umat Islam seluruhnya.

Moga Allah kembalikan kegemilangan umat Islam dengan menjadikan para pejuang agama-Nya peribadi yang bertakwa dan layak mendapat bantuan-Nya dan kemenangan.

Views: 7

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH menziarahi makam Syeikh Edibali

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH menziarahi makam Syeikh Edibali
Scroll to top