Pengerusi Eksekutif GISBH merasmikan Van Panel baru Ikhwan Bakery Bandar Country Homes

Views: 5

RAWANG, 19.03.2022.
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah merasmikan sebuah van baru milik Ikhwan Bakery di perkarangan premis Ikhwan Bakery, Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, di sini pagi ini.

Turut sama dalam perasmian tersebut ialah Tuan Mokhtar Tajuddin, Pegawai Tadbir Syarikat bahagian pentadbiran dan para Remaja Pembela Ummah Lelaki (RPUL).

Van panel jenama Toyota model Hiace berenjin diesel 2.5CC ini merupakan van panel kedua di beli di sini, setelah premis Ikhwan Mart membeli sebuah van dari model yang sama pada bulan Disember 2021 yang lalu.

Van berharga RM103,000.00 dengan ansuran bulanannya berjumlah RM1,440.00 akan digunakan oleh unit pengedaran Ikhwan Bakery untuk memasarkan
produk-produk bakeri sendiri seperti pelbagai jenis roti, donat, topping donut juga produk Ikhwan Brand yang lain seperti sos, kicap, ais krim, coklat dan nuget.

Disamping pengedaran, kenderaan ini banyak membantu sebagai pengangkutan untuk jualan Ikhwan Bakery di tapak-tapak pasar malam seperti di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Saujana Rawang, Rawang, Saujana Utama, Sungai Buloh dan di Puncak Alam.

Moga dengan adanya kenderaan baru ini, produk-produk Ikhwan Brand akan lebih segera sampai ke tangan pengguna khususnya bagi penduduk sekitar Rawang dan Sungai Buloh.

Views: 5

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH merasmikan Van Panel baru Ikhwan Bakery Bandar Country Homes

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH merasmikan Van Panel baru Ikhwan Bakery Bandar Country Homes
Scroll to top