Pengerusi Eksekutif GISBH sertai Majlis Makan Tengahari PM di Turki

Views: 5

ISTANBUL, 07.07.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengetuai rombongan 10 warga GISBH Turki telah hadir ke majlis makan tengahari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Keluarga Malaysia di Hotel Shang ri La, Istanbul di sini kelmarin.

YAB Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasminya ke Turki untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turki mengambil peluang bertemu dengan 200 orang keluarga Malaysia yang berada di Turki.

GISBH yang telah 7 tahun bertapak di Turki menerima jemputan rasmi ke majlis ini daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.

Apabila tiba di majlis, YAB PM terlebih dahulu menyapa para Remaja Pembela Ummah (RPU) iaitu remaja pelapis di dalam GISBH kerana mengenali mereka melalui ‘pattern’ songkok Ikhwan yang dipakai.

Majlis diisi dengan nanyian lagu Kebangsaan, bacaan doa, ucapan TYT Duta Besar Malaysia ke Turki, jamuan makan tengahari, tayangan montaj Keluarga Malaysia Turki, ucapan YAB PM, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Konsulat Jeneral telah meminta sesi bergambar khusus untuk wakil-wakil GISBH dengan YAB PM.

Ketika sesi bergambar, YAB PM bertanya kepada YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH,
“Dari mana ni?”, Tuan Nasiruddin Mohd Ali terus menjawab, “Dari Ikhwan,”. “Ooooh Ikhwan! Saya pernah makan di restoran Ikhwan di Paris, balas YAB PM.

Di kesempatan itu, Pengerusi Eksekutif GISBH menghadiahkan cenderahati berupa plak peta restoran GISBH di 17 buah negara.

Selesai sesi bergambar, YAB PM terus beramah mesra dengan Ybhg Tuan PE dan bertanya lagi berkaitan perkembangan perniagaan syarikat. Beliau turut bertanya bilangan cawangan GISBH yang ada sekarang sambil melihat pada plak peta antarabangsa dan menyebut kepada TYT Duta bahawa Ikhwan ini memilik sebuah ladang di Australia kerana ia dalam maklumat beliau bahkan beliau pernah makan di restoran Ikhwan Cafe Sydney.

Di majlis ini, pihak Konsulat telah menempah cucur bawang dan teh tarik daripada restoran Nur Muhammad Istanbul dan GISBH pula telah menaja makanan berupa 200 biji karipap.

Tuan PE juga telah di tegur sapa oleh Datuk Musa Syeikh Fadzir Pengerusi KTMB dan bertemu dengan YB Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Menteri Tugas-tugas Khas di JPM yang telah mengenali GISBH melalui CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

Moga pertemuan Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan Perdana Menteri Malaysia di Istanbul ini akan meluaskan lagi kerjasama antara GISBH dengan kerajaan Malaysia di dalam bidang-bidang yang bersesuaian demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia, khasnya umat Islam di tanah air.

Views: 5

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH sertai Majlis Makan Tengahari PM di Turki

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH sertai Majlis Makan Tengahari PM di Turki
Scroll to top