Pengerusi Eksekutif GISBH terima replika mangkuk Rasulullah SAW dan sanadnya daripada Pemilik Muzium Darul Madinah

Views: 130

MADINAH, 30.04.2023
YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH telah menerima sebuah replika mangkuk Rasulullah SAW berserta sanadnya daripada Syeikh Dr Abdul Aziz Ka’ki, pengasas dan pemilik Muzium Darul Madinah, di sini baru-baru ini.

Dr. Abdul Aziz Ka’ki adalah pengasas dan pemilik Muzium Darul Madinah Al-Munawwarah untuk warisan (متحف دار المدينة المنورة للتراث) yang terdapat di dalamnya barang-barang peninggalan baginda juga pameran sejarah perjuangan baginda dalam bentuk replika seperti pembangunan Masjid Nabawi dari mula diasaskan oleh baginda dan perubahan-perubahan yang berlaku di zaman pemerintahan khalifah-khalifah seterusnya.

Juga terdapat replika rumah baginda Nabi SAW dan perubahan-perubahan yang berlaku pada kediaman Nabi setelah kewafatan baginda SAW di setiap zaman juga replika peperangan yang baginda hadapi yang memudahkan pengunjung memahami situasi sebenar setiap sejarah yang diceritakan.

Replika mangkuk Nabi Muhammad SAW ini ditempah betul-betul mengikut mangkuk milik Dr. Abdul Aziz Ka’ki tepat ukuran dan saiznya mengikut ukuran dan saiz mangkuk Nabi beserta dengan sanadnya hingga sampai sanadnya ke mangkuk Saiyidina Zaid bin Tsabit yang merupakan mangkuk, mud atau cupak yang Rasulullah SAW sebut dalam hadis baginda yang diriyawatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim juga Imam-imam hadis;
“Ya Allah berkatilah pada gantang kami dan cupak kami”

Diriwayatkan baginda Nabi berwudhu’ dengan kadar satu mangkuk ini atau disebut ‘mudd’ (المدّ) yang bererti cupak dan baginda mandi hadas dengan menggunakan air sebanyak 4 mangkuk ini atau disebut sebagai ‘soo’ (الصاع) bererti gantang.

Dalam Mazhab Syafie, kadar fidyah dibayar dengan mengeluarkan makanan ruji setempat seperti gandum atau beras sebanyak satu cupak dan kadar zakat fitrah pula adalah sebanyak satu gantang iaitu 4 cupak.

Replika mangkuk Rasulullah SAW diberi oleh Dr. Abdul Aziz Ka’ki kepada Pengerusi Eksekutif GISBH ketika beliau meraikan kedatangan Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan pimpinan serta staf GISBH menziarahi kediamannya di Madinah baru-baru ini.

Moga dengan pemberian mangkuk cupak bersama sanadnya oleh pemilik Muzium Darul Madinah yang merupakan keturunan Rasulullah SAW ini, akan membantu seluruh staf GISBH menambah ikatan rindu dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW hingga mendorong mereka untuk mengamalkan dan meperjuangkan sunnah baginda di dalam seluruh aspek kehidupan.

Views: 130

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH terima replika mangkuk Rasulullah SAW dan sanadnya daripada Pemilik Muzium Darul Madinah

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH terima replika mangkuk Rasulullah SAW dan sanadnya daripada Pemilik Muzium Darul Madinah
Scroll to top