Pengerusi Eksekutif GISBH tiba di Indonesia untuk Lawatan Kerja

Views: 6

DENPASAR, BALI. 21.03.2022:
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, tiba di sini untuk lawatan kerja ke cawangan-cawangan GISBH di Indonesia dalam rangka meninjau para staf dan pelbagai projek GISBH yang terdapat di seluruh Indonesia.

Beliau diiringi oleh Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, para Ahli Lembaga Penasihat, para Pengarah Zon dan ahli rombongan kesemuanya berjumlah seramai 26 orang.

Rombongan yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar di sini pada 7.05 petang (6.05 petang waktu Malaysia) dan disambut Pimpinan GISBH Indonesia yang diketuai oleh Tuan Raja Ibadiay Syakur, Tuan Dr Indratmoko, Tuan Khabab Khalidan dan para pengiring.

Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan akan berada di Bali selama empat hari sebagai memenuhi syarat kuarantin dan akan meneruskan perjalanan ke Acheh.

Di samping bertemu dengan staf-staf GISBH seluruh Indonesia, melawat pusat-pusat pendidkan dan latihan, projek-projek perniagaan, kilang-kilang, tanah pertanian dan penternakan, beliau juga dalam rangka meninjau projek-projek baru yang berpotensi di Indonesia.

Moga dengan kedatangan Tuan Pengerusi Eksekutif dan rombongannya, gerak kerja para staf GISBH di Indonesia akan dapat ditingkatkan dan diselaraskan untuk mencapai hasil yang maksimum agar cara hidup Islam akan kelihatan lebih terserlah dan berwibawa.

Views: 6

Reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH tiba di Indonesia untuk Lawatan Kerja

There are currently no reviews for Pengerusi Eksekutif GISBH tiba di Indonesia untuk Lawatan Kerja
Scroll to top