MEKAH, 10.09.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali sempat menunaikan ibadah umrah ketika transit di Saudi dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Istanbul, Turkiye setelah selesai mengadakan Hari Keluarga Tahunan GISBH 2023, baru-baru ini di sini.
Turut bersama beliau menunaikan ibadah umrah kali ini seramai 7 staf lelaki dan 5 staf perempuan GISBH Haramain termasuk bonda Ummu Ain, balu Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad, pengasas GISB Holdings Sdn Bhd.
Rombongan yang mula bermiqat selepas waktu Asar, melaksanakan manasik umrah dan seterusnya menunaikan sembahyang Maghrib di Masjid Haram selepas Sai’e dan tahallul terus singgah ke premis perniagaan GISBH di bangunan Sofwah, berhadapan Masjidil Haram, Restoran Nur Malaysia Al-Haram untuk jamuan makan malam.
GISBH mempunyai tiga pusat perniagaan di sekitar Mekah iaitu Restoran Nur Malaysia Al-Haram berdekatan Masjidil Haram, Restoran Nur Malaysia Makkah di Haiy Az-Zaher juga di tanah Haram dan Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah di Hudaibiyah.
Moga ibadah umrah semua ahli rombongan diterima Allah, doa-doanya dikabulkan dan segala hajat ditunaikan.