Pengerusi FMBA merasmikan Karnival Sambutan Ulang Tahun ke 22 PPIBCH

Views: 7

RAWANG, 28.10.2022
Pengerusi Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah telah menyampaikan ucapan dan merasmikan Karnival Sambutan Ulang Tahun ke 22 Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya beliau mengatakan banyak persatuan, institusi dan individu mempunyai halatuju yang sama seperti GISBH untuk membangunkan ekonomi dan jika bekerjasama ia boleh meliputi kawasan yang lebih besar, membantu lebih ramai orang dan merancang program bersama yang lebih besar.

Beliau yang terharu dengan jemputan mengatakan GISBH perlukan lebih banyak publisiti kerana masih ramai yang tidak tahu tentang GISBH dan aktiviti-aktivitinya.

Padanya GISBH boleh membantu para peniaga yang ingin melebarkan sayap ke luar negara kerana GISBH telah mempunyai pengalaman tersebut.

“Impian kita adalah sama iaitu untuk membantu manusia yang lain kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi faedah kepada orang lain,” ujarnya mengakhiri ucapan perasmian.

Setelah menonton gimik pelancaran di pentas, Datuk Abdul Malik Abdullah telah memotong riben perasmian diiringi Pengerusi Eksekutif GISB, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Operasi GISB, Datuk Lokman Hakim Pfordten.

Karnival yang berlangsung tiga hari ini memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri suasana di Pusat Perniagaan Ikhwan yang telah berdiri selama 22 tahun dan melihat sebahagian besar aktiviti GISBH bukan sahaja melalui carta dan gambar di booth pameran malah secara praktikal di dalam aktiviti-aktiviti yang telah di susun seperti forum, perniagaan di gerai-gerai yang disediakan, persembahan pentas, pertandingan memanah, pertandingan memasak, sukan kanak-kanak dan lain-lain.

Moga dengan program seumpama ini, GISBH akan semakin rapat dengan masyarakat dan dapat memberi sebanyak-banyak khidmat kepada semua golongan.

Views: 7

Reviews for Pengerusi FMBA merasmikan Karnival Sambutan Ulang Tahun ke 22 PPIBCH

There are currently no reviews for Pengerusi FMBA merasmikan Karnival Sambutan Ulang Tahun ke 22 PPIBCH
Scroll to top