Penggunaan Enzim Fateh di Kuntum Farmfield, Bogor

Views: 31

BOGOR, 02.06.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan telah berkunjung ke Kuntum Farmfield untuk melihat sendiri kesan penggunaan Enzim Fateh kepada penternakan dan pertanian di sini baru-baru ini.

Kuntum Farmfield adalah satu taman pelancongan dengan konsep “agrowisata” (agrotourism) sekaligus “agroeducation”. Oleh itu para pengunjung, terutamanya kanak-kanak akan dapat pengalaman berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak dan tumbuh-tumbuhan di sini.

Dengan interaksi ini diharapkan kanak-kanak tersebut mendapat rasa kasih dan sayang kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan ciptaan Tuhan dan prihatin akan kelangsungan hidup mereka.

Taman pelancongan yang menarik berkeluasan 10 hektar (25 ekar) ini terletak di Jl. Raya Tajur, Sindangrasa, Kec. Bogor Tim., Kota Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Tujuan utama Pengerusi Eksekutif GISBH bersama seramai 24 orang anggota rombongan ke sini adalah untuk melihat bukti berkesannya penggunaan Enzim Fateh dalam semua unit ternakannya sejak tahun 2021 di antaranya burung, ayam, arnab, kambing, lembu dan kerbau seperti penggunaan Enzim Fateh dalam ternakan Ayam Sihat Ikhwan.

Rombongan GISBH mendapat penerangan langsung daripada CEO Kuntum Farmfield, Pak Tony Kristianto dan pengasasnya, Ibu Dr. Kennita Sutarjo.

Antara kesan paling ketara hasil penggunaan Enzim Fateh di sini ialah kawasan ternakan yang dahulunya berhadapan dengan masalah bau busuk haiwan juga bau najis-najis ayam, kambing, lembu dan kerbau sekarang telah bebas dari bau busuk tersebut.

Tanpa gangguan bau busuk tersebut, kawasan penternakan ini telah menjadi tempat tumpuan pelancong yang ramai datang berkunjung.

Ertinya, hasil penggunaan Enzim Fateh, Agro Tourism Kuntum Farmfield berjaya menternak haiwan-haiwan tersebut dengan baik dan membuka ruang pengunjung melihat sendiri haiwan-haiwan tersebut secara dekat.

Ia bukan sahaja mencapai matlamat penubuhan Taman Agro Tourism ini untuk memberi pengalaman pengunjung berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak dan tumbuh-tumbuhan malah boleh menjana pendapatan kerana setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RP70,000 (RM20).

Ia menambah keyakinan kepada Pengerusi Eksekutif GISBH YDH Tuan Nasiruddin dan rombongan atas penggunaan Enzim Fateh menggantikan suntikan vaksin, bahan kimia dan antibiotik ke atas ternakan ayam untuk mengembang-besarkan ternakan Ayam Sihat Ikhwan kerana telah terbukti ia sangat berjaya di Kuntum Farmfield ini.

Moga Allah restui seluruh usaha-usaha pimpinan GISBH khasnya YDH Pengerusi Eksekutif dalam menyediakan bukan sahaja makanan yang halal di tengah masyarakat bahkan yang bermutu, berkualiti tanpa kesan sampingan yang negatif atau ringkasnya penuh keberkatan (toiyiban).

Views: 31

Reviews for Penggunaan Enzim Fateh di Kuntum Farmfield, Bogor

There are currently no reviews for Penggunaan Enzim Fateh di Kuntum Farmfield, Bogor
Scroll to top