Penyerahan Mockup Cek Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin kepada MAPIM

Views: 1169

SEPANG, 3.11.2023
Wakil GISBH, Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dan Remaja Pembela Ummah (RPU) telah hadir ke Malaysia Central Warehouse MAPIM di Bandar Serenia untuk menyerahkan mockup cek Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin di sini baru-baru ini.

Sumbangan itu dikutip daripada para belia yang hadir dalam Perhimpunan Solidariti Palestin di program Legacy Rider 2.0 pada 27 Oktober 2023 ketika pelancaran di malam hari pertama program berlangsung.

Kutipan dana ini adalah hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali untuk menjalinkan kerjasama antara GISBH dan YKPPM dengan MAPIM dalam Misi Kemanusiaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak yang tidak berdosa yang kini sedang dizalimi dan dianiaya dalam kancah peperangan.

MAPIM yang diwakili oleh Ust. Nik Aziz Nik Mohamad menerima wang yang terkumpul dari program Legacy Rider 2.0 tersebut dan menyampaikan salam dari kepimpinan MAPIM yang sedang bersiap untuk misi bantuan ke Palestin serta mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur Legacy Rider 2.0, YKPPM, GISBH, RPU dan semua yang turut sama-sama menyumbang.

Terdahulu, sebelum penyerahan mockup cek sumbangan, pihak YKPPM dan GISBH bersama para sukarelawan dan badan- badan bukan kerajaan yang lain telah bersama-sama berada di hadapan bangunan Warehouse MAPIM untuk perlepasan sebanyak 4 tan kontena barangan yang akan dibawa masuk oleh MAPIM ke Palestin.

Moga Allah hentikan segera segala keganasan dan kezaliman di Palestin khususnya agar semua manusia dapat menjalani kehidupan penuh kasih sayang dan harmoni kerana ia adalah keperluan semua manusia.

Views: 1169

Reviews for Penyerahan Mockup Cek Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin kepada MAPIM

There are currently no reviews for Penyerahan Mockup Cek Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin kepada MAPIM
Scroll to top