Peranan UPM sebagai Hub Penyelidikan ternakan, tanaman dan perikanan bersama syarikat swasta

Views: 506

SERDANG, 17.08.2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu yang hadir ke Majlis Penutup Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan dimaklumkan mengenai peranan UPM sebagai Hub Penyelidikan ternakan, tanaman dan perikanan bersama syarikat swasta di sini semalam.

Ia dinyatakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dalam ucapan aluannya,
“Untuk makluman YB Datuk Seri, UPM juga dalam usaha untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan kolaborasi bagi projek baka ayam baharu bersama Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd yang menepati standard piawaian industri ternakan ayam dunia.”

“Pihak UPM sesungguhnya bersedia menjadi Hub Penyelidikan ternakan, tanaman dan perikanan bersama syarikat swasta.”

“Pada pandangan universiti, konsep stockpile dapat mengimbangi harga bekalan ayam yang konsisten di mana kerajaan sendiri perlu jadi pusat kawalan harga yang lebih kompetitif, konsisten tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.”

“Justeru itu sokongan dan kerjasama dalam penyelidikan bagi projek kerjasama seperti ini amatlah diharapkan.”

“Kami percaya dengan kolaborasi ini dalam tempoh kurang daripada tiga tahun projek ini mampu mengeluarkan baka ayam terpilih demi keterjaminan makanan negara,” ujar beliau lagi.

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu mengucapkan tahniah kepada UPM dan agensi-agensi yang terlibat atas inisiatif menganjurkan persidangan ini.

YB Menteri ketika melawat gerai GISB Holdings Sdn. Bhd. setelah majlis perasmian pembukaan, gembira dengan kerjasama penyelidikan untuk kolaborasi bagi projek baka ayam baharu di antara Ikhwan Fateh Poultry Sdn. Bhd. dengan UPM dan mengharapkan ianya segera menjadi kenyataan bagi memecahkan monopoli usahawan barat selama ini.

Di kesempatan itu, YB Menteri ditaklimatkan tentang produk Ikhwan terkini, Ayam Sihat Ikhwan yang bebas vaksin dan antibiotik juga rendah lemak seterusnya penyampaian cenderahati berupa produk-produk keluaran GISBH oleh Tuan Nasiruddin Mohd Ali kepada beliau.

Impian Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH untuk membina empayar ayam semakin menjadi kenyataan dengan kolaborasi pintar ini demi menyelamatkan umat ini daripada makanan yang haram dan syubhat.

Views: 506

Reviews for Peranan UPM sebagai Hub Penyelidikan ternakan, tanaman dan perikanan bersama syarikat swasta

There are currently no reviews for Peranan UPM sebagai Hub Penyelidikan ternakan, tanaman dan perikanan bersama syarikat swasta
Scroll to top