Perasmian Aeilah Mart pertama di Shah Alam

Views: 107

SHAH ALAM, 27.05.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah merasmikan Aeilah Mart, sebuah premis jualan runcit berkonsep baru di bawah GISBH diiringi Ahli Lembaga Penasihat, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Tuan Mohd Fadhil Yasin dan Puan Azura Mohd Yusof di sini pagi ini.

Beliau yang tiba ke perkarangan premis tersebut jam 8.43 pagi terus merasmikannya dengan simbolik pemotongan riben diiringi alunan selawat dari para RPU, menandatangani plak perasmian, lawatan ke seluruh premis, temuramah dan diakhiri dengan jamuan sarapan pagi.

Premis yang terletak di Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, Shah Alam ini akan dibuka juga di baki 221 kawasan Parlimen di Malaysia untuk sempurnakan keberadaannya di seluruh 222 kawasan Parlimen.

Tujuan ia diwujudkan di kawasan-kawasan Parlimen ini adalah untuk memudahkan pentadbiran kerana pembahagian kawasan tersebut telah sedia ada maka GISBH ingin memanfaatkannya sebagai khidmat kepada masyarakat.

YDH Tuan Pengerusi Eksekutif mengatakan, selain daripada menyediakan barang-barang keperluan, setiap Aeilah Mart akan menyediakan bilik kaunseling, mesin ATM dan Food Bank.

YDH Tuan Pengerusi Eksekutif berkata ketika menerangkan peranan Aeilah Mart, “Dulu ada yang mengatakan GISBH duduk dengan kelompok dia sahaja, sekarang kita buka lebih luas kepada masyarakat.

“Malah kita akan buka pusat khidmat nasihat dan kaunseling di mana staf yang bertugas mesti mempunyai maklumat penduduk di sini dari segi jumlah, berapa peratus Melayu, India dan Cina. Islam dan bukan Islam. Berapa buah masjid, tokong, kuil dan gereja, sekolah, pasar, hospital, klinik, farmasi dan lain-lain serta mengetahui masalah-masalah penduduk untuk membantu menyelesaikannya.

“Staf Aeilah Mart juga perlu mempunyai hubungan baik dengan Polis atau pihak keselamatan di kawasan ini, memberi kerjasama dengan mereka. Paling tidak sebulan sekali berkongsi maklumat.

“GISBH tidak mahu terlibat dengan politik pilihan raya, bertanding merebut kawasan dan sebagainya tetapi hendak membuat pengisian di setiap kawasan ini dengan khidmat dari masyarakat kepada masyarakat,” ujar beliau.

Di musim Covid 19 yang lalu, GISBH telah membelanjakan lebih RM3 juta memberi makanan kepada mereka yang memerlukan tetapi masyarakat bukan sahaja memerlukan makanan, setiap mereka tanpa mengira, agama, bangsa dan kedudukan mempunyai masalah yang perlu diselesaikan. Di sinilah diharapkan Aeilah Mart dapat berperanan.

Moga hasrat dan cita-cita YDH Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH untuk memberi khidmat kepada masyarakat Allah mudahkan dan jayakan demi kebaikan bersama.

Views: 107

Reviews for Perasmian Aeilah Mart pertama di Shah Alam

There are currently no reviews for Perasmian Aeilah Mart pertama di Shah Alam
Scroll to top